Saya masih ingat lagi disekitar tahun1987-88, pasaran dunia merudum dan salah seorang kawan saya telah rugi dalam pasaran hadapan Hang Seng Index lebih kurang RM 10,000.00 dalam masa sehari. Pada masa itu ada juga cerita-cerita tentang seorang pelabur luar telah bunuh diri akibat kekalahan demi kekalahan dalam permainan sahamnya.
Selepas itu pada sekitar tahun 1998, terjadi lagi market crash dirantau ini bermula dengan Thailand pada tahun 1997 kalau tak silap saya. Negara kita terjejas dengan begitu teruk sekali hinggakan kita terpaksa mempegkan mata wang kita.
Pada tahun ini 2008, dan pada bulan ini ada bursa-bursa saham yang terpaksa tutup untuk sementara waktu dan pada saat ini Composite Index kita masih lagi bermain-main dibawah paras 1000 mata.
Nampak gayanya krisis ekonomi dan pasaran merudum ini seolah-olah terjadi pada setiap 10 tahun(lebih kurang). Oleh itu lebih elok jika kita mengambil sikap berjaga-jaga dengan faktor-faktor sejarah ekonomi seperti ini walaupun tidak semestinya ia akan berlaku untuk dijadikan panduan supaya dapat kita memperbetulkan kedudukan ekonomi kita dimasa akan datang
Thursday, October 9, 2008
Pasaran Merudum .. Sejarah Berulang?
Reported by alchot at 8:39 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment