Monday, January 19, 2009

Analisis Harian - FKLI

Dengan penutupan FKLI pada 16hb January 2009 pada paras 894.00 mata menunujukan pasaran setakat ini bersedia untuk mengubah haluan selepas beberapa hari menurun. Candlestick cuma menantikan signal seterusnya untuk menunjukan pasaran menaik walaupun Parabolic SAR dan keadaan masih lagi menunjukan menurun. Begitu juga dengan Moving Average dengan penantian reaksi seterusnya.

Komen : Keadaan pasaran akan mengalih halatuju menaik sementara pada bila-bila masa walaupun dalam keadaan keseluruhan yang menurun.


Pivot Point,

H -- High, L -- Low, C -- Close, R -- Resistance, S -- Support, P -- Pivot


H -- 898.50
L -- 888.00
C -- 894.00

Kiraan,

R1 -- 909.50
R2 -- 904.00
R3 -- 899.00
P -- 893.50
S1 -- 888.50
S2 -- 883.00
23 -- 878.00

Wednesday, January 14, 2009

Penambahan Analisis Pasaran

Sejak tahun baru 2009 rasa-rasanya inilah posting yang kedua dari saya dan saya amat bersyukur segala masalah semuanya selesai dan dapat berblog kembali. Selain analisis harian tentang pasaran hadapan FKLI dan FCPO, saya juga akan membuat komen dan tinjauan mengenai pasaran STOCKS tempatan.

Saya suka mengingatkan kepada sesiapa yang mengikuti blog ini bahawa analisis dan andaian yang saya buat adalah dari pendapat saya sendiri dan berdasarkan kepada analisis dan kajian yang saya buat. Anda dinasihatkan berjumpa penasihat-penasihat yang layak dan berdaftar jika ingin membuat segala urusan jual beli saham.

Thursday, January 1, 2009

Selamat Datang 2009

Tahun 2008 sudah menjadi nostalgia, cabaran 2009 belum tahu apa nak jadi lagi. Dari desas desus berita pasaran saham masih dan akan mengalami kesukaran disebabkan pasaran global yang tidak menentu.

Walau apapun berlaku kita tetap juga kena teruskan perjuangan kita, biar apapun mendatang kita kenalah menghadapinya dengan penuh kesabaran dan cuba cari jalan terbaik untuk mengatasinya. Saya pernah menghadapinya dan mengalami ketiga-tiga kejatuhan dari 1987-88, 1997-98 termasuklah tahun 2008 dan kini 2009. Saya amat bersyukur kerana saya masih lagi mampu menyumbangkan sedikit sebanyak pengalaman yang ada kepada sesiapa sahaja melalui blog saya yang masih baru dan banyak kekurangan ini.

Wahai pemain-pemain saham, jadikan kegagalan itu sebagai satu pusat pembelajaran erti hidup. Hanya kegagalan sajalah yang akan mengajar kita sejujur-jujurnya erti hidup sebenar untuk terus hidup dalam dunia pelaburan dan permainan yang mencabar ini.

Selamat tahun baru kepada semua kawan-kawan bloggers, pelawat-pelawat blog ini, pemain-pemain saham tegar dan sesiapa sahaja yang terjumpa blog ini.

 

blogger templates | Make Money Online