Friday, October 31, 2008

Analisis Harian -- KLSE

Penutup pada 30hb Oct 2008 853.560.

Keadaan masih lagi menunjukkan 'ascending' melalui Candlestick walaupun Parabolic SAR tidak menampakkan petunjuk untuk reverse naik tetapi titik SAR sudah pun merapati harga.

Titik SAR suahpun merentasi garisan MA(10), ini menunjukkan keadaan mula meningkat dan akan terus meningkat untuk beberapa ketika. Dan harus diingat juga pasaran boleh menurun sedikit hasil dari reaksi teknikal dan pengambilan untung.

Thursday, October 30, 2008

Ulasan Pasaran -- KLSE

Ini adalah pandangan saya. KLSE telah mula menunujukkan kedudukan pasaran yang 'ascending' kalau dilihat dari petunjuk candlestick dan berkemungkinan akan berada dalam keadaan begini untuk beberapa ketika.

Analisis Harian FKLI

Penutupan FKLI yang menurun kepada 824.00 telah menampakkan gambaran candlestick menghala naik. Indikator Stochastic % K kembali bermain diparas bawah 30 kawasan oversold, begitu juga indikator yang ditunjukkan oleh William's % R dibawah -80. Kedudukan Parabolic SAR masih lagi merentasi MA (20) menunjukkan ciri-ciri reversal pendek. Indikator Ultimate Oscillator juga telah hampir kekawasan oversold.

Rumusannya, walaupun keadaan pasaran yang masih menurun ini ianya seolah-olah menunjukkan keadaan pasaran yang akan membuat reversal naik untuk beberapa ketika.

Wednesday, October 29, 2008

Pivot Point -- Analisis Harian FKLI

Saya selalu menggunakan Pivot Point untuk mengira Support dan Resistance ketika saya nak masuk market. Dan pengiraan hari ini adalah berdasarkan kepada keputusan harga yang lepas ataupun semalam, 28hb Oct 2008.

Harga yang lepas,

High -- 843.00
Low -- 803.50
Close -- 839.00


Pengiraan Pivot Point;

R3 -- 893.00
R2 -- 868.00
R1 -- 853.50
P -- 828.50
S1 -- 814.00
S2 -- 789.00
S3 -- 774.50

Bacaannya -- Jika harga dibuka hari ini melepasi paras P maka ianya dianggap boleh buat belian dan jika harga dibuka rendah daripada paras P maka ianya membolehkan kita membuat jualan. Jika harga berada di kawasan sama ada R2 dan R3 ataupun dikawasan S2 dan S3 bermakna kita berada dikawasan 'overbought' ataupun 'oversold'. Kawasan 'overbought' ataupun 'oversold' adalah kawasan yang kita perlu berjaga-jaga ia adalah kawasan paras 'reversal'.

Pernah dan kerap juga terjadi harga buka akan terus berada dikawasan paras R1 dan R2 atau S1 da S2, dan dalam situasi begini saya mengambil kesempatan membuat 'hit and run' sama ada menjual ataupun membeli.

Jika harga buka terus melepasi paras maksima sama ada R3 ataupun S3, saya lebih rela melihat saja dan tunggu apa yang yang akan terjadi jika saya tidak ada dalam position.

Ulasan Pasaran -- Pandangan Teknikal FKLI

FKLI kelmarin 28hb Oct 2008, walaupun membuka pasaran dengan menjunam pada 822.50 namun pasaran bangkit dengan cergas dengan penutupan yang lebih tinggi dan meyakinkan ke paras 839.00 dengan volume mencecah 25500.

Reaksi teknikal -- Oscillator seperti Stochastic K% menunjukkan indikatornya telah sampai kegarisan sempadan oversold ia itu paras 20. William's % R juga juga berada di garisan sempadan oversold ia itu -80. Lagi satu indikator, Ultimate Oscillator telahpun melepasi kawasan oversoldnya melebihi 30.

Walaupun Moving Average (5) dan (10) tidak menunjuk reaksi teknikalnya, tetapi kombinasi Moving Average (10) dan (20) dengan Parabolic Sar telahpun merentasi garisan(20) yang selalunya akan terjadi trend reversal pendek untuk beberapa ketika.

Monday, October 27, 2008

Komen Pasaran

Pandangan teknikal, pasaran KLSE masih lagi belum mampu melonjak naik memandangkan kebanyakan petunjuk-petunjuk tidak menunujuk reaksi positif walaupun petunjuk-petunjuk oscillator seperti Stochastic, William's % R mahupun Ultimate Oscillator menunjukkan yang harga-harga sudah berada dikawasan 'oversold'.

Carta mingguan menunjukkan harga-harga pasaran masih lagi ditahap menurun, begitu juga carta harian memberi gambaran pasaran yang sama. Petunjuk Moving Average dan sistem Parabolic SAR juga tidak menunjukan reaksi-reaksi permulaan untuk trend reversal, malah menunujukkan yang trend berpanjangan untuk beberapa ketika.

Thursday, October 23, 2008

Saya dan Pasaran

Sebagai seorang trader, meninjau pasaran-pasaran seperti Wall Street, pasaran Europe dan pasaran-pasaran sebelah Asia ini seperti Nikkei sudah menjadi rutin bagi saya sebelum saya membuat mana-mana urusniaga baik dalam pasaran tunai mahupun pasaran hadapan.

Pagi-pagi lagi sebelum subuh saya sudah berada didepan screen komputer tengok apa yang padan patut berita-berita sama ada dari Yahoo Finance mahupun dari Bloomberg. Seperti sekarang ini sekurang-kurangnya saya sudah tahu apa sudah terjadi pasaran di sebelah sana yang masih lagi berkeadaan lemah.

Sebagai seorang daytrader, saya menggunakan Pivot Point calculator untuk mencari paras Support dan Resistance harian untuk saya jadikan panduan untuk permulaan trading saya. Saya tidak menggunakan sistem-sistem yang sophiscated untuk membuat trading walaupun saya pernah menggunakannya. Berteknikal dengan simple dan mudah sudah serasi dengan saya dan yang pentingnya keluar masuk dagangan hendaklah tepat dan mestilah menggunakan stop loss.

Saya menggunakan Candlesticks, William's % R, Momentum, Parabolic SAR, Moving Average dan selalu menggunakan line chart semasa intraday kerana ia lebih artistik dan dapat memberi gambaran ' a picture paints a thousand word' dan ' beauty lies in the eyes of beholder'. Apa yang dilihat oleh kita adalah intepretasi kita.

Wednesday, October 22, 2008

Analisis Harian

Blog ini akan membuat analisis dan komen harian dalam masa yang terdekat ini. Buat permulaan saya akan membuat analisis teknikal mengenai pasaran hadapan FKLI, halatuju KLSE Composite Index, dan akan diikuti pula pasaran hadapan komoditi FCPO.

Halatuju pasaran global juga akan menyusul selepas analisis dan komen pasaran tempatan berjalan dengan lancar. Dan kebanyakan komen-komen ini berdasarakan kepada analisis teknikal sahaja namun sekali-sekali akan diselitkan dengan analisis yang berbentuk fundamental.

Saya percaya setiap trader mempunyai cara dan gaya tersendiri dalam membuat analisis masing-masing termasuklah saya sendiri. Saya juga percaya setiap analisis yang kita buat tidak akan menuju ketepatan seratus peratus, dan jika analisis kita mampu memberi ketepatan 60 peratus apa salahnya kita cuba mencari analisis tambahan yang boleh menmpungnya ke 80 peratus misalnya dan kalau boleh dekat kepada perfection.

Dalam membuat analisis teknikal kita perlu ada sifat rasional sedikit supaya kita tidak akan jadi terlalu optimistik tentang analisis kita. Jika kita dapat ruangkan sedikit sifat rasional dan keterbukaan kita terhadap analisis kita, maka peluang membuat trading yang menguntugkan lebih cerah daripada terdedah kepada kerugian yang tidak tentu hala.

Monday, October 20, 2008

Ulasan Pasaran -- Pandangan Teknikal

Ulasan ini dibuat sehingga Jumaat, 17th Oct 2008:

KLSE mencatat paras terendah 903.60 dan FKLI telah membuka jalan keparas bawah 900.00 mata iaitu 890.00. Ini memberi satu pandangan bahawa pasaran mungkin akan pergi lebih jauh kebawah. Alasan teknikal juga tidak menunjukkan pasaran akan naik dengan mendadak cuma akan naik disebabkan technical rebound.

Setakat hari ini, 20th Oct 2008. Analisis teknikal saya menunjukkan:

KLSE -- -- -- Mengikut Moving Average (5) 938.39,(10) 955.913
-- Mengikut Parabolic SAR -- Tidak Ada Reverse.
-- Pivot Point, R3 -- 942.66
R2 -- 934.53
R1 -- 919.86
P -- 911.73
S1 -- 897.06
S2 -- 888.93
S3 -- 874.26

FKLI -- -- -- Mengikut Moving Average (5) 937.40,(10) 954.94
-- Mengikut Parabolic SAR -- Tidak Ada Reverse
-- Pivot Point, R3 -- 961.00
R2 -- 946.00
R1 -- 918.00
P -- 903.00
S1 -- 875.00
S2 -- 860.00
S3 -- 832.00


Ulasan teknikal ini adalah pendapat dan kajian saya sahaja, anggaplah ianya sebagai satu bahan rujukan. Semoga berjaya.

Tips Hit & Run -- Pasaran Hadapan

Jika kita selalu berusniaga dalam pasaran hadapan terutamanya pemain-pemain daytrade akan nampak peluang ini:

Diakhir-akhir sesi dagangan kita sudah nampak perbezaan harga buka dan harga yang akan ditutup. Jika harga yang akan ditutup jatuh dan bezanya tersangat banyak, elok kita membuat order belian baru, kerana selalumya harga pembukaan besok akan terus meninggi dan kita boleh 'liquidate' dengan jualan untuk mengambil keuntungan. Begitu juga disebaliknya jika semasa akhir dagangan harga naik terlalu tinggi, kita boleh buat jualan baru pada petang itu dan selalunya harga pembukaan pada esok hari akan menjunam dan kita boleh mengaut keuntungan. Apapun tindakan kita, jangan lupa buat 'stop loss order' andainya andaian kita tersasar.

Friday, October 17, 2008

Hendak Main Saham -- Mesti Pandai Cari Lubang

Yang sebenarnya kita boleh buat duit agak mudah dan tak payah pergi jauh-jauh untuk mencarinya jika kita tahu dan pandai mencari lubang-lubang duit terutamanya dalam bidang pelaburan ini. Saya ada seorang kawan yang kerjanya hanya membuat research sahaja tentang pasaran saham tempatan dan memberi beberapa perkhidmatan kepada kawan-kawan pelabur dan spekulator yang lain dan mendapat ganjaran daripadanya. Ada seorang kawan lagi yang bergiat aktif juga dalam bidang saham ini, selalu berada disyarikat broker saham dan menjengok kaunter-kaunter yang dapat memberi peluang kepadanya. Satu hari saya mengikut kawan saya ni pergi ke syarikat broker saham dan saya betul-betul kagum tengok gelagatnya yang begitu sibuk sekali, kawannya begitu ramai dan remisier-remisier disitu banyak juga yang menjadi kawanya.

Dari sudut ekonomi saya lihat kawan-kawan ni berada juga, ada rumah sendiri dan kereta-kereta yang mereka pakaipun boleh tahan juga dan kehidupan mereka tidak serabut dan terurus. Saya pernah tanya pada salah seorang kawan saya ni macam mana dia dapat bertahan lama dalam bidang ini dan jawapannya senang sahaja "kita dah buat kerja ni, ok sikit buat apa nak pi line lain" dan tentang kawan saya ni, dia bukan seorang sarjana ataupun ahli ekonomi ataupun certified fiancial planner, tapi saya memang kagum dengan dia.

Wednesday, October 15, 2008

Realiti Permainan Saham -- Pilih Mana Patut

Baru naik dua hari, masuk hari ketiga dia jatuh balik. Realiti pasaran saham yang kita terpaksa terima, belum habis lagi pemain-pemain pakat nak beli dia dah mula nak patah balik. Ini adalah asam garam dalam kehidupan pemain-pemain saham terutamanya pemain saham stocks, tapi kalau nak dikaji balik ada baiknya dia turun banyak-banyak dulu senang kita nak beli balik dan kemudian kita simpan. Kalau ada modal besar boleh la beli banyak-banyak dan simpan, tapi kalau modal cukup-cukup sahaja macam mana? ini lagi satu realiti kehidupan pemain saham yang bermain tapi tak cukup modal.

Ini pendapat saya, apa kata kita rancang dulu sebelum kita betul-betul lompat kekancah permainan saham ini, sekurang-kurangnya kita tahu apa yang kita perlu buat dengan duit yang kita ada dan kalau susah-susah sangat kita cari sahaja pelaburan lain yang yang tak perlu guna duit banyak. Kalau susah sangat kita nak rancang kita cari sahaja penasihat-penasihat yang layak dan berdaftar untuk merancang pelaburan kita, itupun pun kita kena berjaga-jaga kerana sekarang ini pun terdapat banyak sangat penasihat-penasihat yang pandai tapi tidak berdaftar, manalah tahukan zaman serba cyber ni.

Tuesday, October 14, 2008

Pasaran Pulih

Pasaran dah kembali pulih, seronok juga tengok kawan-kawan terutamanya yang bermain dalam pasaran tunai secara 'full time' sekurang-kurangnya tak payahlah nak beralih ke lain lubang untuk nak buat duit. Banyak kaunter-kaunter yang boleh dijengok untuk buat duit, beli dan simpan. Bagi mereka yang bermain pasaran hadapan tak payah ceritalah, naik atau turunpun mereka tetap boleh buat duit dan pelabur-pelabur saham amanah mereka ada ejen-ejen mereka untuk membantu mereka.

Kawan-kawan penganalisis teknikal juga dah mula bercakap-cakap pasal teknik dan sistem jual beli saham yang selama ini telah dikuasai oleh alasan-alasan fundamental. Alasan-alasan fundamental datang dan pergi, tetapi kita terpaksa berdepan dengan alasan-alasan teknikal setiap hari untuk diguna pakai membuat trading supaya ianya lebih teratur dan mantap dalam urusniaga saham ini.

Sunday, October 12, 2008

Cari Pasaran Alternative

Kadang-kadang dalam permainan saham ini kita terpaksa akur kepada keadaan yang tidak membolehkan kita nak terus berurusniaga dalam sesuatu pasaran seperti permainan stock, komoditi ataupun pasaran-pasaran yang lain. Ini mungkin disebabkan pasaran itu sendiri mengalami kejatuhan yang begitu teruk sekali seperti pasaran tunai.

Disamping menunggu pasaran itu kembali pulih seperti sediakala mungkin akan memakan masa yang agak panjang lagi ia memerlukan modal yang agak besar. Apa kata sementara menunggu pasaran favourite kita kembali pulih, kita berjinak-jinak dengan permainan forex. Kita tidak memerlukan modal yang besar untuk bermain forex, puluh-puluh dan ratus-ratus RM pun kita sudah boleh bermain forex dan nak rugipun taklah sebanyak mana pun. Yang syoknya kita tak payah pergi jauh-jauh nak cari broker forex, cari saja di internet.

Kadangkala, kita perlukan cabaran-cabaran yang lebih hebat untuk membina 'self esteem' kita untuk memperkuatkan lagi daya ketahanan kita sebagai seorang pelabur.

Thursday, October 9, 2008

Pasaran Merudum .. Sejarah Berulang?

Saya masih ingat lagi disekitar tahun1987-88, pasaran dunia merudum dan salah seorang kawan saya telah rugi dalam pasaran hadapan Hang Seng Index lebih kurang RM 10,000.00 dalam masa sehari. Pada masa itu ada juga cerita-cerita tentang seorang pelabur luar telah bunuh diri akibat kekalahan demi kekalahan dalam permainan sahamnya.

Selepas itu pada sekitar tahun 1998, terjadi lagi market crash dirantau ini bermula dengan Thailand pada tahun 1997 kalau tak silap saya. Negara kita terjejas dengan begitu teruk sekali hinggakan kita terpaksa mempegkan mata wang kita.

Pada tahun ini 2008, dan pada bulan ini ada bursa-bursa saham yang terpaksa tutup untuk sementara waktu dan pada saat ini Composite Index kita masih lagi bermain-main dibawah paras 1000 mata.

Nampak gayanya krisis ekonomi dan pasaran merudum ini seolah-olah terjadi pada setiap 10 tahun(lebih kurang). Oleh itu lebih elok jika kita mengambil sikap berjaga-jaga dengan faktor-faktor sejarah ekonomi seperti ini walaupun tidak semestinya ia akan berlaku untuk dijadikan panduan supaya dapat kita memperbetulkan kedudukan ekonomi kita dimasa akan datang

Wednesday, October 8, 2008

Sementara Pasaran Menurun...Buat Sesuatu

Semua orang tahu yang pasaran tunai menjunam begitu teruk dan pemain saham stocks susah sikit nak cari makan. Apa kata, kita beralih kepermainan yang lebih tinggi risikonya iaitu bermain dalam pasaran FKLI, saya bukanlah nak highlight sangat benda ni dan oleh kerana FKLI adalah permainan pasaran hadapan dan kita boleh membuat jualan dahulu tidak seperti stock, maka elok kita menggunakan FKLI sebagai alat untuk hedge supaya kita dapat balik duit kita yang telah rugi dari pasaran stock.

Anda berjumpa dan bertanyalah kepada remisier ataupun penasihat kewangan anda bagaimana nak kendalikan proses hedging ini dan buatlah betul-betul, semoga anda berjaya.

Tuesday, October 7, 2008

Jika Anda Bermain FKLI

Pembukaan FKLI pagi ini 978.00 mata bersamaan dengan harga penutup kelmarin 6/10/2008. Dari pengiraan Pivot Point,

R3 -- 1026.30
R2 -- 1015.60
R1 -- 996.83
P -- 986.13
S1 -- 967.33
S2 -- 956.66
S3 -- 937.83

Pembukaan pada 978.00 berada dibawah Pivot dan berada diatas S1 ataupun Support 1, harga akan terus merudum jika ia turun dan melepasi S1, jika tidak dan jika ia turun sedikit dan akan membuat rebound, jika anda berani ambil peluang ini dan beli dari bawah untuk mendapat keuntungan segera dan anda dinasihatkan keluar market cepat-cepat, jangan tunggu lagi-- hit kemudian run. Anda pergi ke Pautan Saham dalam blog ini dan klik Derivative Live Quote untuk melihat harga. Ini hanyalah kajian dan pendapat saya, anda tidak perlu mengikutnya, anggaplah ia satu pengetahuan semata-mata.

Monday, October 6, 2008

Jengok - Jengok Pasaran Asing

Jika kita terbabit dalam permainan saham tempatan seperti jual beli stocks, pasaran hadapan seperti FKLI dan lain-lain saham tempatan. Sebelum membuat urusan menjual beli, seelok-eloknya kita jengok-jengoklah pasaran asing dan dapatkan berita-berita terkini seperti dari Wall Street, Dow Jones, Nikkei mahupun Hang Seng Index.

Berita-berita sebegini setidak-tidaknya dapat memberi maklumat awal kepada kita dan sekurang-kurangnya memberi petunjuk kepada kita. Dan yang pentingnya kita dapat menilai sejauh mana maklumat-maklumat dari pasaran asing ini dapat mempengaruhi pasaran tempatan kita supaya kita dapat membuat keputusan sama ada untuk berada dipasaran ataupun tidak.

Sunday, October 5, 2008

Lebih Baik Berjaga-jaga

Setelah pasaran kita bercuti selama dua hari untuk berhari raya iaitu pada 1hb, 2hb dan buka semula pada 3hb oktober, rasa-rasanya tak puas lagi nak bercuti dan belum ada mood lagi nak masuk market baik dalam pasaran tunai mahupun pasaran hadapan FKLI.

Walaupun harga-harga yang lepas bermain-main diatas paras 1000 mata, rasa bimbang tetap ada juga mana tahu keadaan pasaran seperti sekarang ini segala kemungkinan boleh berlaku. Oleh itu lebih baik kita berjaga-jaga dan masuk pasaran apabila kita betul-betul yakin dengan fakta-fakta yang ada baik dari segi 'fundamental'nya mahupun dari sudut 'teknikal'nya.

Selamat Menyambut Hari Raya Enam.

 

blogger templates | Make Money Online