Blog ini akan membuat analisis dan komen harian dalam masa yang terdekat ini. Buat permulaan saya akan membuat analisis teknikal mengenai pasaran hadapan FKLI, halatuju KLSE Composite Index, dan akan diikuti pula pasaran hadapan komoditi FCPO.
Halatuju pasaran global juga akan menyusul selepas analisis dan komen pasaran tempatan berjalan dengan lancar. Dan kebanyakan komen-komen ini berdasarakan kepada analisis teknikal sahaja namun sekali-sekali akan diselitkan dengan analisis yang berbentuk fundamental.
Saya percaya setiap trader mempunyai cara dan gaya tersendiri dalam membuat analisis masing-masing termasuklah saya sendiri. Saya juga percaya setiap analisis yang kita buat tidak akan menuju ketepatan seratus peratus, dan jika analisis kita mampu memberi ketepatan 60 peratus apa salahnya kita cuba mencari analisis tambahan yang boleh menmpungnya ke 80 peratus misalnya dan kalau boleh dekat kepada perfection.
Dalam membuat analisis teknikal kita perlu ada sifat rasional sedikit supaya kita tidak akan jadi terlalu optimistik tentang analisis kita. Jika kita dapat ruangkan sedikit sifat rasional dan keterbukaan kita terhadap analisis kita, maka peluang membuat trading yang menguntugkan lebih cerah daripada terdedah kepada kerugian yang tidak tentu hala.
Wednesday, October 22, 2008
Analisis Harian
Reported by alchot at 9:38 PM
Labels: Pengumuman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment