Tahun 2008 sudah menjadi nostalgia, cabaran 2009 belum tahu apa nak jadi lagi. Dari desas desus berita pasaran saham masih dan akan mengalami kesukaran disebabkan pasaran global yang tidak menentu.
Walau apapun berlaku kita tetap juga kena teruskan perjuangan kita, biar apapun mendatang kita kenalah menghadapinya dengan penuh kesabaran dan cuba cari jalan terbaik untuk mengatasinya. Saya pernah menghadapinya dan mengalami ketiga-tiga kejatuhan dari 1987-88, 1997-98 termasuklah tahun 2008 dan kini 2009. Saya amat bersyukur kerana saya masih lagi mampu menyumbangkan sedikit sebanyak pengalaman yang ada kepada sesiapa sahaja melalui blog saya yang masih baru dan banyak kekurangan ini.
Wahai pemain-pemain saham, jadikan kegagalan itu sebagai satu pusat pembelajaran erti hidup. Hanya kegagalan sajalah yang akan mengajar kita sejujur-jujurnya erti hidup sebenar untuk terus hidup dalam dunia pelaburan dan permainan yang mencabar ini.
Selamat tahun baru kepada semua kawan-kawan bloggers, pelawat-pelawat blog ini, pemain-pemain saham tegar dan sesiapa sahaja yang terjumpa blog ini.
Thursday, January 1, 2009
Selamat Datang 2009
Reported by alchot at 6:44 AM
Labels: Cakap-Cakap Saham
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment