Menggunakan teknikal untuk menganalisis pasaran sudah menjadi semestinya kepada kebanyakan pemain-pemain saham khususnya bagi saham-saham yang bersifat agresif. Pemain-pemain saham stocks, pasaran hadapan seperti index, komoditi, forex mahupun options kebanyakan mereka sudah terlalu biasa dengan analisis teknikal ini.
Apakah analisis teknikal ini begitu berguna sekali kepada pemain-pemain ini? jawapannya ada kepada mereka itu sendiri. Jika analisis teknikal tidak berguna kepada pemain-pemain saham ini, maka tidak adalah beratus-ratus alat-alat analisis dan sistem-sistem aplikasi teknikal dalam pasaran. Dalam internet ini sahaja kita boleh menemui bermacam-macam sistem yang dikeluarkan dan ada yang boleh didapati dengan percuma sahaja.
Atas alasan ini saya mengambil initiatif untuk mengkaji dan menyelidek alat-alat dan sistem-sistem yang ada dan mengedisikan dalam blog saya ini untuk mereka pengamal-pengamal analisis teknikal dan sesiapa sahaja yang berminat untuk membuat rujukan.
Tidak ada alat dan sistem dapat memberi andaian yang tepat seratus peratus, sememangnya tidak ada. Begitu juga dengan andaian yang akan dibuat dalam blog ini, apa yang penting kombinasi dari analisis masing-masing dapat memberi andaian yang bijak dan mantap.
Sunday, November 9, 2008
Kombinasi Analisis Teknikal
Reported by alchot at 12:37 AM
Labels: Aplikasi Teknikal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment