Sunday, November 2, 2008

Kenapa KLSE?

Saya selalu membuat ulasan tentang KLSE. Apa yang saya ulaskan tentang KLSE sebenarnya adalah Indeks Komposit KLSE. Saya berpendapat mengetahui, mengenal dan menghidu halatuju KLSE sangat penting jika kita ingin bermain-main dengan saham tempatan seperti stoks mahupun pasaran hadapan FKLI.

Sememangnya Indeks Komposit ada kena mengena dengan pasaran-pasaran yang saya sebutkan tadi, malah jika kita melabur dengan saham amanah sekalipun kita kena juga tahu ataupun mengambil tahu sedikit sebanyak tentang pasaran KLSE. Mungkin sebagai pelabur kita tidak terasa sangat tetapi bagi mereka-mereka yang bergelar Fund Manager atau Pengurus Dana tidak boleh lari dari tidak mengetahui tentang Indeks Komposit kerana sebahagian besar dari pelaburan mereka adalah dalam pasaran KLSE.

Indeks Komposit adalah petunjuk awalan bagi pasaran tunai. Kita tidak mudah mengesan halatuju sesuatu kaunter kerana pasaran mempunyai beribu-ribu kaunter untuk diikuti, maka Indeks Kompositlah tempat kita memulakan kajian tentang pasaran dan kaunter-kaunter pilihan kita.

Walaupun Indeks Komposit menjadi petunjuk awalan, tidak semua kaunter mengikut rentaknya tetapi sekurang-kurangnya Indeks Komposit dapat memberi ruang kepada kita untuk membuat keputusan jual beli dengan lebih rasional. Saya sendiri mengambil halatuju Indeks Komposit KLSE sebagai maklumat tambahan ketika membuat urusniaga dalam dalam pasaran hadapan seperti FKLI.

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online