Tuesday, November 11, 2008

Buat Duit Dengan Kemahiran Teknikal

Disini saya ada petua untuk sesiapa yang ingin mencuba nak buat duit dengan pasaran hadapan seperti FKLI, FCPO mahupun FOREX. Rasa-rasa saya memang dah ramai kaki-kaki saham tahu terutamanya otai-otai yang dah seasoned dengan permainan saham ini.

Saya nak beritahu kepada sesiapa yang belum tahu, itu saja. Mula-mula kita mesti ada modal, kalau tak ada modal susah banyak la. Keduanya kita pergi balajar tentang analisis teknikal, bab ini kita kena usaha sikitlah sebab kita nak buat duit. Pulun belajar tentang Candlestick(kalau rasa-rasa tak tahu tanya pi lah sapa-sapa yang tahu) atau belajar free dari inetrnet, kalau ada guru lagi bagus. Belajar juga tentang indikator-indikator yang lain untuk membantu nak buat keputusan jual beli nanti. Cara nak buat trading tanya broker kita.

Cara nak buat duit tak susah cuma perlukan sedikit perancangan, kesabaran, disiplin dan jangan tamak sebab orang tamak selalu rugi. Sekarang caranya, dalam petunjuk Candlestick ada petunjuk yang memberi surefire ketepatannya dan berilah tumpuan kepada petunjuk-petunjuk seperti ini. Bila kita jumpa saja signal atau paten yang surefire ini, rujuk dengan petunjuk-petunjuk lain dan buatlah transaksi dan jangan lupa buat stop loss. Petua ini sangat sesuai kalau kita bermain daytrade walaupun kita hanya buat transaksi hanya tiga atau empat kali sahaja dalam sebulan.

Petua ini boss saya bagi tau semasa kami dalam training belajar buat analisis teknikal untuk commodity futures pasaran Jepun, masa awal-awal tahun lapan puluhan dulu.

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online