Friday, November 28, 2008

Analisis Harian - FKLI



Sehingga 27hb Nov 2008, ditutup pada paras 873.00 pasaran kelihatan naik walaupun agak mendatar dan tidak ada pengesahan trend menaik. Candlestick bergerak meninggi atau ascending begitu juga kedua-dua garisan MA semakin menjarakkan diri dan menunggu gerak mula dar MA (10). Tidak ada sebarang reaksi dari Parabolic SAR.

Indikator-indikator William's % R dan Stochastic % K bergerak digarisan tengah dan lebih kepada sideway, manakala Ultimate Oscillator sudah berada di zon 'overbought' tanda langkah berjaga-jaga kepada pegangan belian dan bersedia untuk penurunan harga jika terjadi lepasan pegangan belian.

Thursday, November 27, 2008

Analisis Harian - FCPO



Sehingga 26hb Nov 2008, penutupan pada paras 1598.00 telah mengesahka trend singkat menaik sudah terjadi. Candlestick membuat langkah pertama menunjukkan trend naik, MA(10) dan (20) juga menuju satu arah begitu juga dengan Parabolic SAR telah mengeluarkan titik reverse naiknya.

Indikator-indikator William's % R dan Stochastic % K masing-masing telah berada dikawasan 'overbought' begitu juga dengan Ultimate Oscillator juga berada di zon 'overbought' dan harus diingat bagi pemegang-pemegang belian supaya berhati-hati dengan kemungkinan terjadinya pengambilan untung.

Wednesday, November 26, 2008

Analisis Harian - FCPO



Sehingga 25hb Nov 2008, penutupan untuk bulan February FCPO kepada paras 1520.00 juga menunjukkan pasaran masih lagi mendatar menaik. Walau bagaimanapun pasaran sudah hampir dengan trend singkat baharu dengan Parabolic SAR sudah menghampiri harga atau kedudukan bar dari Candlestick. MA (10) dan (20) telah menjarakkan diri masing-masing menunjukkan perubahan akan berlaku.

Indikator-indikator Willam's % R dan Stochastik % K telah mengorak langkah naik begitu juga bagi Ultimate Oscillator telah pun terkeluar dari zon 'overbought'nya.

Analisis Harian - FKLI



Sehingga 25hb Nov 2008, FKLI menutup dengan kelebihan 3.00 mata mengatasi hari sebelumnnya pada paras 854.00 mata. Keadaan pasaran masih lagi dengan menurun dan Candlestick masih lagi mengeluarkan bar hitam walaupun penutupannya yang lebih tinggi. Parabolic SAR terus menunjukkan pasaran menurun dan begitu juga MA (10) DAN (20). Dilihat secara keseluruhan pasaran lebih mendatar menandakan kekuatan penurunan sudah berkurang.

Indikator-indikator William's % R dan Stochastic % K masing-masing sudah berada dipenghujung garisan 'oversold' begitu juga Ultimate Oscillator sudah mula memasuki ke zon itu. Keadaan boleh menjadi reverse menaik pada bila-bila masa.

Tuesday, November 25, 2008

Analisis Harian - FCPO



Sehingga 24hb Nov 2004, FCPO ditutup pada paras 1488.00. Walaupun harga ditutup tinggi beberapa hari lepas, pasaran tidak mampu mencipta trend menaik dan lebih kepada mendatar atau sideway seperti yang dibuat oleh Candlestick. Parabolic SAR masih menurun walaupun agak mendatar. MA juga mendatar dan tidak tunjuk sebarang reaksi.

Indikator-indikator seperti William's % R dan Stochastic % K menunjukkan naik dengan mendatar walaupun sudah terkeluar dari zon 'oversold'. Bagaimanapun Ultimate Oscillator telah berada di zon 'overbought' sambil memberi amaran berjaga-jaga dengan pegangan belian dan bersedia untuk keluar pada bila-bila masa.

Analisis Harian - FKLI



Sehingga 24hb Nov 2008. Pasaran masih lagi berkeadaan menurun mengikut apa yang ditunjukkan oleh MA(10} telah merentasi MA(20). Candlestick juga memberi reaksi menurun begitu juga Parabolic SAR yang tidak menampakkan reaksi untuk reverse.

Indikator-indikator seperti William's % R dan Stochastic % K tidak menunjuk penurunan yang kuat, berada dikawasan 'oversold', tidak terlalu mendalam seolah-olah ia mampu membuat reverse pada bila-bila masa. Ultimate Oscillator menurun melepasi garisan 50, ini juga memberi amaran yang ia boleh berpatah balik pada bila-bila masa.

Monday, November 24, 2008

Analisis Harian - FKLI



Sehingga Jumaat 21hb Nov 2008. FKLI ditutup pada paras 869.00 meninggi dalam keadaan pasaran menurun. Walaupun Candlestick menunjukkan bar putih menaik dua hari berturut-turut namun ia masih lagi descending. Satu lagi petunjuk Candlestick yang positif mungkin memberi reaksi arah bertentangan. Parabolic SAR juga tidak menunjuk reaksi mengalih arah menaik. MA agak mendatar walaupun mengarah ke menurun.

Indikator-indikator William's % R dan Stochastic % K masing-masimg telah pun terkeluar dari zon 'oversold'. Ultimate Oscillator berada di zon 'overbought' untuk memberi tahu supaya berjaga-jaga dengan pegangan belian.


Pivot Point menyediakan kiraan Support dan Resistance untuk hari ini:

R3 -- 905.16
R2 -- 887.33
R1 -- 878.16
P -- 860.33
S1 -- 851.16
S2 -- 833.33
S3 -- 824.16

Sunday, November 23, 2008

KLSE


Sehingga Jumaat 21hb Nov 2008.

Friday, November 21, 2008

Analisis Harian - FCPO



Sehingga 20hb Nov 2008, setelah penutupan pada paras 1468.00 pasaran lebih menunjukkan tidak menentu, kebanyakan petunjuk lebih mendatar. Candlestick tidak menunjuk arah, begitu juga MA(10) dan (20). Parabolic SAR tidak menunjuk reaksi dan mendatar.

Indikator-indikator William's % R dan Stochastic % K berada digarisan oversold dan lebih mendatar. Ultimate Oscillator telah terkeluar dari kawasan berjaga-jaga pegangan belian.

Analisis Harian - FKLI



Sehingga 20hb Nov 2008, penutupan rendah pada paras 854.50 mata telah mengesahkan trend menurun pendek buat seketika. Parabolic SAR telah menunjukkan reaksinya dengan berlakunya stop reversenya disebelah atas harga. MA(10) dan (20) telah menunjukkan reaksi sedikit untuk menurun. Candlestick telah meninggalkan ruang sebelah kiri seolah-olah perlu diisi dengan kenaikan harga ataupun dengan pembukaan harga yang meninggi.

Indikator-indikator seperti William's % R dan Stochastic % K memang sudah berada dizon 'oversold'nya, begitu juga dengan Ultimate Oscillator yang masih lagi dengan amaran berjaga-jaga dengan pegangan jualannya.

Thursday, November 20, 2008

Analisis Harian - FKLI



Sehingga 19hb Nov 2008. Penutupan kepada paras 868.00 telah merubah sedikit kedudukan pasaran dari sideway kearah penurunan. Keadaan ini telah ditunjukkn oleh MA(10) menunduk kebawah walaupun belum mengesahkan lagi dengan merentasi MA(20). Candlestick juga talah menunjukkan keadaan menurun. Parabolic SAR tidak menunjukkan sebarang aksi reverse.

Indikator Stochastic % K telah pun berada di zon oversold, sedangkan William's % R seolah-olah sedang menuju kearah yang sama. Ultimate Oscillator yang sudah berada di zon menunjukkan reverse pada bila-bila masa dan berjaga-jaga dengan pegangan jualan.

Wednesday, November 19, 2008

Analisis Harian - FCPO



Sehingga 18hb Nov 2008. Pasaran nampaknya masih menurun, MA (10) dan (20) bertemu. Parabolic SAR masih nenunujkkan menurun dan Candlestick juga memberi petunjuk menurun.

Indikator-indikator William's % R dan Stochastic % K berada di kawasan oversold dan Ultimate Oscillator telah pun merentasi paras 50 keatas menantikan untuk reaksi pasaran seterusnya.

Analisis Harian - FKLI



Sehingga 18hb Nov 2008, pasaran masih lagi menghala ke sideway walaupun pasaran ditutup rendah pada 873.00 mata. Belum ada petanda trend akan berlaku dapat ditunjukkan lagi. Kedudukan Candlestick masih lagi mendatar, Parabolic SAR tidak memberi sebarang reaksi reverse dan begitu juga kedudukan MA yang belum menunjukkan reaksinya lagi.

Indikator-indikator seperti Williamw's % R dan Stochastic % K sudah terkeluar dari zon oversold dan berada di petengahan dan Ultimate Oscillator seperti biasa sudah memberi amaran awal untuk berjaga-jaga dengan pegangan jualan.

Tuesday, November 18, 2008

Analisis Harian - FCPO



Sehingga 17hb Nov 2008 FCPO di tutup pada 1435. Keadaan pasaran telah menurun dengan Candlestick, Parabolic SAR, mahupun MA(10) telahpun memotong MA(20) kebawah kesemuanya menampakkan keadaan menurun untuk seketika.

Kedua-dua indikator Williamam's % R, Stochastic % K telah sampai ke zon 'oversold' mungkin akan berada disitu buat seketika. Ultimate Oscillator juga telah berada di zon oversold untuk memberitahu supaya berjaga-jaga dengan pegangan jualan.

Analisis Harian - FKLI



Sehingga 17hb Nov 2008. Dengan penutupan pada paras 891.00 mata keadaan banyak menunujukkan pasaran menghala ke 'sideway' dan tidak ada trend yang ditunjukkan lagi. Parabolic SAR masih lagi tidak menunjukkan reaksi walaupun MA(10) dan (20) bertemu. Candlestick mendatar dan tidak ada petunjuk kuat.

Indikator-indikator seperti William's % R dan Stochastic % K juga tidak menunujukkan halatuju yang sebenar walaupun Ultimate Oscillator telah berada dizon 'overbought'.

Friday, November 14, 2008

Pivot Point -- Analisis Harian FCPO



Kiraan Pivot Point untuk hari ini, berdasarkan harga semalam pada 13hb Nov 2008.

R = Resistance, S = Support, P = Pivot, H = High, L = Low, C = Close

H -- 1496
L -- 1435
C -- 1480

Kiraan,

R3 -- 1566
R2 -- 1531
R1 -- 1505
P --- 1470
S1 -- 1444
S2 -- 1409
S3 -- 1383


Jika harga dibuka melebihi Pivot keatas mungkin hingga ke R1, harga akan terus naik mungkin hingga ke R2 dan jika terus naik hingga ke R3 ini menunjukkan keadaan perlu berjaga-jaga dan harga mampu berpatah balik. Jika harga dibuka terus melebihai R2, bermakna harga mungkin akan menurun. Jika harga dibuka melebihi paras R3 ini menunjukkan yang harga mungkin terus naik.

Jika harga dibuka melebihi Pivot kebawah hingga ke S1, harga akan terus turun mungkin hingga keS2 dan jika terus turun hingga ke S3 ini menunjukkan keadaan perlu berjaga-jaga dan mampu berpatah balik. Jika harga dibuka terus melebihi S2, bermakana harga mungkin akan naik. Jika harga dibuka melebihi paras S3 ini menunjukkan yang harga mungkin terus menurun.

Pivot Point -- Analisis Harian FKLI



Harga semalam pada 13hb Nov 2008 diambil kira untuk kiraan Pivot Point untuk hari ini.

R = Resistance, S = Support, P = Pivot, H = High, L = Low, C = Close

H -- 875.00
L -- 863.00
C -- 875.00

Kiraan,

R3 -- 891.00
R2 -- 883.00
R1 -- 879.00
P -- 871.00
S1 -- 867.00
S2 -- 859.00
S3 -- 855.00


Jika harga dibuka atas daripada Pivot dan bermain diantara R1, ini menunjukkan harga akan terus naik dan mungkin menaik ke R2. Jika harga terus naik hingga mencecah R3, ini menunujukkan keadaan berjaga-jaga kerana mungkin akan berpatah balik. Jika harga dibuka terus bermain dikawasan R2 atau R3 mungkin harga akan menurun. Harga mungkin terus naik jika ianya dibuka melepasi R3.

Jika harga dibuka bawah daripada Pivot dan bermain diantara S1, ini menunjukkan harga akan terus turun dan mungkin menurun ke S2. Jika harga terus turun hingga mencecah S3, ini menunjukkan keadaan berjaga-jaga kerana mungkin akan berpatah balik. Jika harga dibuka terus bermain dikawasan S2 atau S3 mungkin harga akan naik. Jika harga terus dibuka melepasi S3 mungkin harga akan terus menurun.

Thursday, November 13, 2008

Pivot Point -- Analisis Harian FCPO

Kiraan Pivot Point mengambil harga yang lepas 12hb Nov 2008, dibawa untuk kiraan hari ini.

High -- 1565
Low -- 1505
Close -- 1539

Kiraan,

Resistance 3 -- 1624
Resistance 2 -- 1593
Resistance 1 -- 1566
Pivot --------- 1535
Support 1 ---- 1508
Support 2 ---- 1477
Support 3 ---- 1450

Jika harga buka hari ini atas daripada Pivot dan berlegar di Resistance 1, ini menandakan harga akan naik. Jika harga terus naik dan bermain di Resistance 2 dan mungkin masuk ke Resistance 3, inimenunjukkan harga akan berpatah balik. Jika harga di buka terus ke Resistance 2 atau 3 ini bermakan harga akan menurun.

Jka harga buka hari ini bawah pras Pivot dan bermain di Support 1, ini bermakna harga akan turun dan jika ia terus turun keparas Support 2 atau 3 bernkana harga akn kembali naik kerana reversal. Jika harga dibuka teru ke Support 2 atau 3 ini bermaksud harga akan naik.

Pivot Point -- Analisis Harian FKLI

Kiraan Pivot Point mengambil harga yang lepas 12hb Nov 2008, dibawa untuk kiraan hari ini.

High -- 895.50
Low -- 877.00
Close -- 888.50

Kiraan,

Resistance 3 -- 915.50
Resistance 2 -- 905.50
Resistance 1 -- 897.00
Pivot --------- 887.00
Support 1 ----- 878.50
Support 2 ----- 868.50
Suppotr 3 ----- 860.00

Jika harga hari ini dibuka atas daripada Pivot dan bermain diparas Resistance 1, ini bermakna harga akan naik dan jika ia melepasi Resistance 2 mungkin masuk ke Resistance 3 ini menunjukkan keadaan akan reverse dan berjaga-jaga. Jika harga dibuka terus ke paras Resistance 2 atau 3, ia akan jatuh semula.

Jika harga hari ini dibuka bawah dari Pivot dan bermain diparas Support 1, bermakna harga akan turun dan jika harga melepasi Support 2 dan mungkin masuk ke Support 3 ini menunjukkan keadaan akan reverse dan berjaga-jaga. Jika harga terus dibuka pada paras Support 2 atau 3, ia akan naik semula.

Wednesday, November 12, 2008

Analisis Harian - FCPO



Analisis pasaran menunjukkan keadaan tidak menentu walaupun Candlestick menunjukkan pasaran akan membuat reversal menaik yang singkat. Parabolic SAR tidak menunujukkan reaksinya cuma MA(10) DAN (20) hampir bertemu untuk mengesahkan trend baru.

Indikator-indikator William's % R dan Stochastic % K juga tidak dapat menunjukkan halatuju sebenar, namun Ultimate Oscillator telah sampai ke zon 'oversold' dan memberi punjuk awal berjaga-jaga untuk reversal menaik.

Analisis Harian - FKLI



Harga ditutup pada 11hb Nov 2008 pada paras 878.00 mata. Tidak ada petunjuk individu sama ada dari Candlestick, Parabolic SAR mahu pun MA. Tidak ada petunjuk kuat, namun pandangan sekali imbas menampakkan pasaran bersambung menurun dengan kedudukkan bar hitam selepas hanging man dari Candlestick pada pada sehari sebelumnya.

Indikator-indikator William's % R dan Stochastic % K telah melepasi zon 'overbought' dan menunjukkan keadaan menurun walaupun tidak ada kekuatannya. Ultimate Oscillator telah berada dikawasan 'oversold' memberi isyarat berjaga-jaga bagi pemegang jualan.

Tuesday, November 11, 2008

Analisis Harian - FKLI



Penutupan pada paras 910.00 pada 10hb Oct 2008, telah menunjukkan paten dari Candlestick menyerupai 'hanging man'. Ini membawa maksud reversal. Parabolic SAR bagaimanapun tidak menunujuk reaksi reversal untuk menurun.

Indikator-indikator seperti William's % R, Stochastic % K berada dizon overbought menandakan boleh berlaku reversal pada bila-bila masa, dan ia juga mampu berada berpanjangan berada dikawasan tersebut. Ultimate Oscillator juga menunjukkan reaksi yang sama ia itu menunggu untuk membuat reversal.

Buat Duit Dengan Kemahiran Teknikal

Disini saya ada petua untuk sesiapa yang ingin mencuba nak buat duit dengan pasaran hadapan seperti FKLI, FCPO mahupun FOREX. Rasa-rasa saya memang dah ramai kaki-kaki saham tahu terutamanya otai-otai yang dah seasoned dengan permainan saham ini.

Saya nak beritahu kepada sesiapa yang belum tahu, itu saja. Mula-mula kita mesti ada modal, kalau tak ada modal susah banyak la. Keduanya kita pergi balajar tentang analisis teknikal, bab ini kita kena usaha sikitlah sebab kita nak buat duit. Pulun belajar tentang Candlestick(kalau rasa-rasa tak tahu tanya pi lah sapa-sapa yang tahu) atau belajar free dari inetrnet, kalau ada guru lagi bagus. Belajar juga tentang indikator-indikator yang lain untuk membantu nak buat keputusan jual beli nanti. Cara nak buat trading tanya broker kita.

Cara nak buat duit tak susah cuma perlukan sedikit perancangan, kesabaran, disiplin dan jangan tamak sebab orang tamak selalu rugi. Sekarang caranya, dalam petunjuk Candlestick ada petunjuk yang memberi surefire ketepatannya dan berilah tumpuan kepada petunjuk-petunjuk seperti ini. Bila kita jumpa saja signal atau paten yang surefire ini, rujuk dengan petunjuk-petunjuk lain dan buatlah transaksi dan jangan lupa buat stop loss. Petua ini sangat sesuai kalau kita bermain daytrade walaupun kita hanya buat transaksi hanya tiga atau empat kali sahaja dalam sebulan.

Petua ini boss saya bagi tau semasa kami dalam training belajar buat analisis teknikal untuk commodity futures pasaran Jepun, masa awal-awal tahun lapan puluhan dulu.

Sunday, November 9, 2008

Menambah Analisis Teknikal

Dalam edisi yang lepas-lepas, saya telah membuat analisis teknikal untuk KLSE, FKLI dan FCPO dengan menggunakan Candlestick, MA (5) dan (10), MA (10) DAN(20), sistem Parabolic SAR dan oscillator-oscillator William's % R, Stochastic % k dan kiraan Pivot Point.

Mungkin dalam masa yang terdekat ini saya akan tambah lagi dengan analisis-analisis tambahan yang lain untuk anda membuat rujukan. Anda boleh membuat kombinasi analisis anda sendiri dan analisis dari blog ini, anda boleh jadikan bahan rujukan dan anda boleh jadikan analisis ini untuk membuat perbandingan.

Kombinasi Analisis Teknikal

Menggunakan teknikal untuk menganalisis pasaran sudah menjadi semestinya kepada kebanyakan pemain-pemain saham khususnya bagi saham-saham yang bersifat agresif. Pemain-pemain saham stocks, pasaran hadapan seperti index, komoditi, forex mahupun options kebanyakan mereka sudah terlalu biasa dengan analisis teknikal ini.

Apakah analisis teknikal ini begitu berguna sekali kepada pemain-pemain ini? jawapannya ada kepada mereka itu sendiri. Jika analisis teknikal tidak berguna kepada pemain-pemain saham ini, maka tidak adalah beratus-ratus alat-alat analisis dan sistem-sistem aplikasi teknikal dalam pasaran. Dalam internet ini sahaja kita boleh menemui bermacam-macam sistem yang dikeluarkan dan ada yang boleh didapati dengan percuma sahaja.

Atas alasan ini saya mengambil initiatif untuk mengkaji dan menyelidek alat-alat dan sistem-sistem yang ada dan mengedisikan dalam blog saya ini untuk mereka pengamal-pengamal analisis teknikal dan sesiapa sahaja yang berminat untuk membuat rujukan.

Tidak ada alat dan sistem dapat memberi andaian yang tepat seratus peratus, sememangnya tidak ada. Begitu juga dengan andaian yang akan dibuat dalam blog ini, apa yang penting kombinasi dari analisis masing-masing dapat memberi andaian yang bijak dan mantap.

Saturday, November 8, 2008

Membuat Keputusan - Amat Penting

Kadang-kadang masa kita nak buat trading, otak kita boleh jadi bercelaru tak tentu arah. Saya tak tahu sama ada anda pernah mengalaminya atau tidak. Kita jadi terlalu 'undecisive' sama ada nak masuk pasaran ataupun tidak.

Apakah tindakan kita bila berdepan dengan situasi yang macam ini? ini pesanan saya, jika kita tiba-tiba mengalami keadaan sebegini, tindakan yang paling baik ialah jangan buat keputusan untuk jual ataupun beli, ambillah keputusan untuk tidak masuk pasaran. Tidak masuk pasaran adalah salah satu strategi dalam trading.

Friday, November 7, 2008

Analisis Harian - FCPO



Sehingga 6hb Nov 2008. Petunjuk-petunjuk menunjukkan yang pasaran masih lagi berkeadaan menurun. Candlestick tidak menunjuk kekuatan menaik, begitu juga sistem Parabolic SAR dan Moving Average tidak menunjukkan reaksi pergerakan pasaran.

Indikator-indikator William's % R dan Stochastic % K telahpun terkeluar dari kawasan 'overbought' menampakkan halatuju pasaran menurun. Ultimate Oscillator telah melepasi paras 50 menghala ke zon 'oversold'.

Analisis Harian - FKLI



Penutupan semalam pada 6hb Nov 2008 turun keparas 886.00 mata. Teknikal masih lagi menunujukkan penurunan walaupupun Ultimate Oscillator sudahpun berada di zon bawah 70. Oscillators seperti William's % R dan Stochastic % K zon 'overbought' dan menunjukkna halatuju penurunan.

Candlestick juga menunjukkan penurunan walaupun tidak dengan signal kuatnya. Sistem Parabolic SAR juga tidak menunjukkan reaksi perubahan setakat ini kerana ia lebih cenderung kepada trend, begitu juga dengan Moving Average.

Thursday, November 6, 2008

Analisis Harian - FCPO



Harga dtutup pada 5hb Nov 2008, 1640.00. Paten Candlestick Long Upper Shadow memberi gambaran yang pasaran membuat reverse dan turun. Moving Average dan Parabolic SAR tidak menunjuk reaksi. Walau bagaimanapun indikator-indikator William's % R dan Stochastic % K yang mana oscillator masing-masing telah berada dikawasan 'overbought'. Petunjuk Ultimate Oscillator baru melepasi paras 50.

Pandangan saya, William's % R dan Stochastic % K seolah-olah mahu membentuk 'divergence' dan jika ini berlaku harus juga berjaga-jaga bagi mereka yang masih lagi memegang posisi belian.

Analisis Harian - FKLI



Kedudukan pasaran pada 5hb Nov 2008 dengan penutupan FKLI 908.00 mata telah memberi gambaran yang sedikit berbeza dengan terjadinya petunjuk Candlestick seakan-akan 'shooting star' dan 'Long Upper Shadow'. Petunjuk ini telah memberi amaran yang reversal mungkin berlaku dan pasaran akan menurun.

Petunjuk-petunjuk seperti William's % R dan Stochastic % K telahpun berada dikawasan 'overbought'. Petunjuk Ultimate Oscillator terlalu awal telah memberi isyarat menurun kepada pemain yang masih lagi memegang posisi belian.

Petunjuk pengikut trend seperti Moving Average dan Parabolic SAR tidak menampakkan reaksi masing-masing terhadap pasaran.

Wednesday, November 5, 2008

Cakap-Cakap

Saya sempat singgah disyarikat broker tempat saya melabur siang tadi, dan berjumpa dengan satu dua kawan-kawan remisier sambil membuat urusan sikit. Saya rasa seronok tengok mereka, dan mereka memang nampak ceria sekali, maklum sajalah market pun nampak ok, apa nak dirisaukan lagi buatlah apa yang padan patut.

Saya juga terjumpa kawan-kawan lama yang selalu lepak dengan saya, masa tu saya selalu dok pi sana dok cari-cari peluang apa yang ada. Peluang pelaburan ni maklum sajalah, apabila kita nampak saja discreen tu kita kena cepat-cepat bagi tau dekat broker kita, tanya sikit sebanyak dan tangkap sajalah. Kalau kita tak nampak peluang jangan takut sebab tip-tip nanti banyak kita dapat, janji mau rajin sembang-sembang dengan geng-geng pelabur yang ada disitu, ok tak ok itu cerita kemudian.

Saya juga tumpang seronok tengok kawan-kawan seronok, hendak pula apa yang kita jangka tu menjadi, lagi bertambah seronok.

Tuesday, November 4, 2008

FCPO & Ulasan Teknikal



Pasaran sedang menaik buat seketika tetapi dari sudut teknikal belum nampak kekuatanya lagi. Kenaikan yang ditunjukkan oleh Candlestick dan Parabolic SAR mendatar walaupun titik SAR(menaik) belum menunjukkan diri lagi.

Indikator-indikator seperti Williams % R dan Stochactics % K nampaknya sudah menghapiri kawasan 'overbought' dan indikator Ultimate Oscillator sudah banyak melebihi paras 70, ini menunjukkan keadaan berjaga-jaga bagi pemain-pemain yang masih lagi memegang posisi belian.

Analisis Harian - FKLI



Lonjakkan semalam pada 3hb Nov 2008 keparas 893.00 penutupan membuatkan indikator Ultimate Oscillator memberi amaran kecil supaya berjaga-jaga bagi mereka yang masih lagi memegang posisi belian kerana oscillator itu sudah sampai melebihi paras 70.

Walau bagaimanapun petunjuk-petunjuk seperti Williams % R dan Stochastic % K masih lagi berada diluar kawasan 'overbought' masing-masing.

Parabolic SAR baru menunjuk pasaran menaik begitu juga dengan Moving Average baru nak tunjuk reaksi kenaikan.

Halatuju pasaran mungkin menurun jika terjadinya pengambilan untung, dan ini memberi peluang kepada pemain membuat 'hit & run'.

 

blogger templates | Make Money Online