Jika anda masih lagi tercari-cari pekerjaan yang sesuai untuk dijadikan kerjaya, saya syorkan anda cuba dalam bidang pelaburan atau saham. Saya katakan begitu kerana bidang ini adalah salah satu bidang yang boleh dipelbagaikan.
Bidang yang memerlukan pengetahuan dan kebolehan yang tinggi ini tetapi tidak begitu sukar untuk diceburi, dan apa yang perlu ada adalah minat. Katakan anda berminat dalam bidang jualan ataupun pemasaran disamping itu anda juga berminat dengan saham atau pelaburan, maka bidang insuran boleh dijadikan satu kerjaya, kerana insuran juga mempunyai skim-skim yang berbentuk pelaburan. Syarat untuk memasuki bidang ini juga tidak ketat dan mudah, walaupun begitu anda dikehendaki mempunyai sijil-sijil tertentu sebagai kelayakan dan tidak begitu susah untuk mendapatnya. Berapa ramai orang-orang insurans telah bergelar jutawan.
Anda boleh menjual saham amanah dan mewakili syarikat-syarikat atau intitusi-institusi kewangan atau syraikat-syarikat insurans. Bidang ini juga ramai orang yang telah berjaya dan mencapai pendapatan puluhan ribu sebulan.
Bidang saham stoks dan pasaran hadapan juga memerlukan ramai personaliti untuk dijadikan penasihat, 'remisier' dan 'dealer' syarikat masing-masing dan memang ramai terdapat mereka yang berjaya dalam bidang ini.
Jika anda mempunyai pengalaman dan kemahiran tertentu dalam bidang pelaburan ini, peluang mencari rezeki dalam bidang saham ini masih lagi luas asalkan anda rajin berusaha dan berinovatif. Menjadi penasihat pelaburan dan saham dalam internet adalah jalan termudah untuk menceburinya asalkan dapat memberi manfaat kepada pelanggan kita dan jangan sekali-kali menipu. Anda sendiri lihatlah betapa ramai penasihat-penasihat saham yang terdapat dalam internet ini.
Jika anda sendiri ingin menjadikan pelaburan dan saham ini sebagai satu kerjaya profesional maka permainan stoks, pasaran hadapan dan forex juga boleh diambil kira dengan syarat buatlah betul-betul.
Saya ingin nasihatkan anda, jika kerjaya ini yang anda pilih dan pekerjaan ini juga yang akan memberi sesuap nasi kepada diri anda dan anak isteri anda maka berusahalah dan jadikan diri anda diantara mereka yang sepuluh peratus berjaya.
Tuesday, February 17, 2009
Saham - Satu Kerjaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment