Salam hormat, moga tulisan saya ini menjadi peringatan kepada sesiapa saja yang baru nak menceburkan diri dalam permainan saham , terutamanya permainan Forex. Dari tinjauan yang saya buat sendiri-sendiri, saya dapati ramai yang telah mencuba-cuba nasib dalam permainan Forex ini.
Dikalangan kawan-kawan saya sahaja melebihi sepuluh orang. Kalau kami berjumpa maka tidak ada lain topik yang selalu kami bincang, 90% kami bersembang pasal forex. Cakap sedikit bunyi 'pip' sekejap-kejap 'pip', macamlah tak ada lain orang lagi main forex. Di kebanyakan forum-forum pelaburan pun tidak akan ketinggalan bunyi 'pip'. Pip adalah kiraan mata perbezaan mengikut naik turunnya sesuatu pasangan atau 'pair' yang menjadi gandingan dua matawang. Kalau nak senangkan cerita, 'pip'lah yang digunakan untuk mengira untung rugi sesuatu urusniaga forex.
Cuba anda buka internet dan cuba anda tinjau-tinjau cerita untung kah banyak atau cerita rugi yang banyak, jawapannya senang sahaja, tentulah untung. Anda juga kena cuba tinjau diluar internet ataupun realiti. Saya tidak pernah tanya kepada mereka tentang untung rugi, setakat yang saya tahu mereka (kawan-kawan saya) telah berkecimpung dalam forex ini sudah melebihi 2 tahun. Dari cerita yang saya terdengar (bukan saya siasat) terdapat ramai yang telah kecundang dalam permainan ini diluar sana.
Dalam permainan ini hanya mereka yang benar-benar ingin kejayaan sahaja akan berjaya. Jika mereka inginkan kemenangan mereka akan berusaha apa daya sekalipun. Disamping berusaha mencari rahsia kejayaan bermain forex, saya juga ingin menambah petua-petua kepada pemain-pemain forex terutamanya mereka yang baharu hendak menceburkan diri dalam permainan ini.
Petua-Petua:
1. Bermula dengan modal yang rendah dengan bermula dengan microlot.
2. Bermainlah dengan platform demo dahulu dan berlatih membuat trading dengan betul. Ingat ' Practice Makes Perfect'.
3. Mestilah ingat, walaupun dah mahir bermain demo, jangan ingat diri sudah pandai.
4. Bermain demo lain dari bermain real duit.
5. Kawal perasaan semasa bermain.
6. Kalau di demo akaun jarang ada 'Requote' tetapi di real account selalu ada. Dari boleh untung boleh jadi rugi.
7. Belajar perangai platform anda.
8. Biar untung sikit jangan terus rugi.
9. Ikut trend. Jangan lawan trend.
10. Ingat, modal ciput untung pun ciput. Kalau 10 kali untung ciput banyak juga jadinya.
11. Platform akan selalu tipu kita.
12. Jangan lupa dengan 'stop loss'.
13. Disiplinkan diri.
14. Belajar dengan indikator yang mudah diikut.
15. Kena pandai kira margin. Mesti tahu.
16. Jangan takut rugi.
Petua-petua diatas adalah semata-mata peringatan sahaja, banyak lagi petua-petua yang lebih baik yang anda boleh ikut dan anda kenalah cari sendiri.
Thursday, February 19, 2009
FOREX - Petua dan Peringatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment