Friday, February 27, 2009

Analisis Harian - FCPO

FCPO bulan hadapan May -- Pivot Point


H -- High, L -- Low, C -- Close, R -- Resistance, S -- Support, P -- Pivot


H -- 1930.00
L -- 1882.00
C -- 1890.00


Kiraan,


R3 -- 1967.30
R2 -- 1948.60
R1 -- 1919.30
P -- 1900.60
S1 -- 1871.30
S2 -- 1852.60
S3 -- 1823.30

Analisis Harian - FKLI



FKLI ditutup pada paras 897.00 mata. Candlestick dengan bar putihnya, MA(10) dan (20) dan Parabolic Sar telah menampakan pasaran yang agak mendatar. Setelah beberapa hari berlalu tidak satu pun petunjuk-petunjuk ini menunjukan dominasinya.

Indikator-indidikator juga bermain di kawasan tengah sahaja. William's % R dan Stochastic % K lebih mendatar walaupun menunjukan halatuju menaik. Indikator sensitive seperti Ultimate Oscillator bagaimana pun berada di zon 'overbought' dengan amaran berjaga-jaganya untuk pemegang belian.

Thursday, February 26, 2009

Analisis Harian - FKLI



FKLI menutup pada paras 893.50 mata dan seterusnya memberi gambaran yang pasaran tidak menentu dan mungkin bertukar halatuju seperti yang ditunjukan Candlestick. Pasaran masih lagi dalam keadaan menurun yang lebih mendatar mengikut Parabolis Sar. MA(10) dan (20) tidak menunjuk banyak reaksi yang menonjol.

Indikator-indikator seperti William's % R dan Stochastic % K menunjukan keadaan menaik yang agak mendatar. Ultimate Oscillator bagaimana pun telah berada di zon 'overbought' untuk memberi amaran kepada pemegang belian supaya berjaga-jaga.

Wednesday, February 25, 2009

Analisis Harian - FCPO



Keseluruhan pasaran FCPO dengan penutupan pada paras 1871.00 bulan hadapan May menurun seperti yang ditunjukan oleh Parabolic Sar dan MA(10) dan begitu juga dengan Candlestick long lower shadownya.

Indikator-indikator William's % R dan Stochastic % K menunjukan halatuju pasaran yang menurun dan Ultimate Oscillator telahpun mengubah arah dan menunjukan menurun.

Analisis Harian - FKLI



FKLI ditutup tinggi sedikit pada paras 887.50 pada 24hb Feb 2009. Candlestick menunjukan bar putih menaik yang agak kuat juga walaupun Parabolic Sar masih lagi menunjukan suasana menurun. Begitu juga MA(10) yang menunjukan keadaan menurun dan cuba berada diatas harga.

Indikator-indikator William'S % R dan Stochastic % K yang lebih gemar bermain di zon tengah seolah -olah menantikan indikator baru akan berlaku. Ultimate Oscillator sedang menuju kearah 'overbought'.



Pivot Point,



H -- High, L -- Low, C -- Close, R -- Resistance, S -- Support, P -- Pivot


Kiraan,


R3 -- 907.66
R2 -- 898.83
R1 -- 893.16
P -- 884.33
S1 -- 878.66
S2 -- 869.83
S3 -- 864.16

Tuesday, February 24, 2009

Analisis Harian - FKLI



Setelah ditutup pada paras 884.00 mata, keadaan pasaran nampak seperti tidak menentu. Candletick menunjukan potensi menaik yang agak lemah, sedangkan Parabolic Sar sudah pun mengeluarkan titik reverse yang menurun. Manakala MA(10) dan (20) mengalih kehalatuju menurun.

Indikator-indikator seperti William's % R dan Stochastic % K menunjukan halatuju naik yang agak lemah dan Ultimate Oscillator berada di paras 50% dan tidak memberi sebarang amaran.


Pivot Point,


H -- High, L -- Low, C -- Close, R -- Resistance, S -- Support, P -- Pivot


High -- 894.00
Low -- 873.50
Close -- 884.00


Kiraan,


R3 -- 914.66
R2 -- 904.33
R1 -- 894.16
P -- 883.83
S1 -- 873.66
S2 -- 863.33
S3 -- 853.16

Monday, February 23, 2009

Analisis Harian - FKLI



Penutupan FKLI pada 20hb Feb 2009 lepas pada paras 878.00 telah menemukan bar hitam Candlestick dengan Parabolic Sar untuk menunjukan pasaran masih lagi diperengkat menurun. MA(10) cuma menunjukan sedikit perubahan halatuju yang agak mendatar walaupun telah merentasi MA(20).

Indikator-indikator William's % R dan Stochastic % K masing-masin menghala tuju kebawah dan Ultimate Oscillator sudah pun berada di zon 'oversold' untuk memberi amaran kepada pemegang jualan.



Pivot Point,


H -- high, L -- Low, C -- Close, R -- Resistance, S -- Support, P -- Pivot


H -- 892.00
L -- 877.00
C -- 878.00


Kiraan,


R3 -- 902.66
R2 -- 897.33
R1 -- 887.66
P -- 882.33
S1 -- 872.66
S2 -- 867.33
S3 -- 857.66

Sunday, February 22, 2009

KLSE Vs DOW JONES


KLSE Vs DOW JONES

KLSE

KLSE-KLCI menurun.

Friday, February 20, 2009

Analisis Harian - FCPO

Pivot Point,


H -- High, L -- Low, C -- Close, R -- Resistance, S -- Support, P -- Pivot


H -- 1894.00
L -- 1830.00
C -- 1860.00


R3 -- 1956.6
R2 -- 1925.3
R1 -- 1892.6
P -- 1861.3
S1 -- 1828.6
S2 -- 1797.6
S3 -- 1764.6

Analisis Harian - FKLI



FKLI ditutup pada paras 895.00 pada 19hb Feb 2009 melebihi 3 mata dari hari sebelumnya. Candlestick bergerak dengan sedikit menaik walaupun dibawah garisan MA(10). Keadaan pasaran masih lagi berada dalam trend menaik seperti yang ditunjukan Parabolic Sar.

Kedua-dua indikator William's % R, Stochastic % K menunjukan menaik yang agak mendatar menandakan kenaikan yang tidak kuat. Walau bagaimana pun Ultimate Oscillator sudah memasuki zon 'overbought' untuk memberi amaran kepada pemegang belian supaya berjaga-jaga.




Kiraan Pivot Point untuk hari ini.

H -- High, L -- Low, C -- Close, R -- Resistance, S -- Support, P -- Pivot


H -- 899.00
L -- 887.00
C -- 895.00


Kiraan,


S3 -- 912.33
S2 -- 905.66
S1 -- 900.33
P -- 893.66
S1 -- 888.33
S2 -- 881.66
S3 -- 876.33

Thursday, February 19, 2009

FOREX - Petua dan Peringatan.

Salam hormat, moga tulisan saya ini menjadi peringatan kepada sesiapa saja yang baru nak menceburkan diri dalam permainan saham , terutamanya permainan Forex. Dari tinjauan yang saya buat sendiri-sendiri, saya dapati ramai yang telah mencuba-cuba nasib dalam permainan Forex ini.

Dikalangan kawan-kawan saya sahaja melebihi sepuluh orang. Kalau kami berjumpa maka tidak ada lain topik yang selalu kami bincang, 90% kami bersembang pasal forex. Cakap sedikit bunyi 'pip' sekejap-kejap 'pip', macamlah tak ada lain orang lagi main forex. Di kebanyakan forum-forum pelaburan pun tidak akan ketinggalan bunyi 'pip'. Pip adalah kiraan mata perbezaan mengikut naik turunnya sesuatu pasangan atau 'pair' yang menjadi gandingan dua matawang. Kalau nak senangkan cerita, 'pip'lah yang digunakan untuk mengira untung rugi sesuatu urusniaga forex.

Cuba anda buka internet dan cuba anda tinjau-tinjau cerita untung kah banyak atau cerita rugi yang banyak, jawapannya senang sahaja, tentulah untung. Anda juga kena cuba tinjau diluar internet ataupun realiti. Saya tidak pernah tanya kepada mereka tentang untung rugi, setakat yang saya tahu mereka (kawan-kawan saya) telah berkecimpung dalam forex ini sudah melebihi 2 tahun. Dari cerita yang saya terdengar (bukan saya siasat) terdapat ramai yang telah kecundang dalam permainan ini diluar sana.

Dalam permainan ini hanya mereka yang benar-benar ingin kejayaan sahaja akan berjaya. Jika mereka inginkan kemenangan mereka akan berusaha apa daya sekalipun. Disamping berusaha mencari rahsia kejayaan bermain forex, saya juga ingin menambah petua-petua kepada pemain-pemain forex terutamanya mereka yang baharu hendak menceburkan diri dalam permainan ini.


Petua-Petua:

1. Bermula dengan modal yang rendah dengan bermula dengan microlot.

2. Bermainlah dengan platform demo dahulu dan berlatih membuat trading dengan betul. Ingat ' Practice Makes Perfect'.

3. Mestilah ingat, walaupun dah mahir bermain demo, jangan ingat diri sudah pandai.

4. Bermain demo lain dari bermain real duit.

5. Kawal perasaan semasa bermain.

6. Kalau di demo akaun jarang ada 'Requote' tetapi di real account selalu ada. Dari boleh untung boleh jadi rugi.

7. Belajar perangai platform anda.

8. Biar untung sikit jangan terus rugi.

9. Ikut trend. Jangan lawan trend.

10. Ingat, modal ciput untung pun ciput. Kalau 10 kali untung ciput banyak juga jadinya.

11. Platform akan selalu tipu kita.

12. Jangan lupa dengan 'stop loss'.

13. Disiplinkan diri.

14. Belajar dengan indikator yang mudah diikut.

15. Kena pandai kira margin. Mesti tahu.

16. Jangan takut rugi.


Petua-petua diatas adalah semata-mata peringatan sahaja, banyak lagi petua-petua yang lebih baik yang anda boleh ikut dan anda kenalah cari sendiri.

Analisis Harian - FCPO

Pivot Point,


H -- High, L -- Low, C -- Close, R -- Resistance, S -- Support, P -- Pivot


H -- 1887
L -- 1842
C -- 1875


Kiraan,


R3 -- 1939
R2 -- 1913
R1 -- 1894
P -- 1868
S1 -- 1849
S2 -- 1823
S3 -- 1804

Analisis Harian - FKLI



FKLI ditutup pada paras 892.00 lebih tinggi sekali gus menunjukan kenaikan yang agak lemah. Candlestick nampaknya mula merapati MA(10) Paraboili Sar menunjukan perubahan halatuju pendek walaupun masih dalam trend menaik.

Ketiga-tiga indikator William's % R, Stochastic % K dan Ultimate Oscillator masing-masing menunjukan halatuju menaik yang lemah.

Wednesday, February 18, 2009

Analisis Harian - FKLI



Setelah ditutup pada 886.50, pasaran telah menunjukan menurun buat seketika walaupun keseluruhan pasaran dalam trend menaik. Candlestick memberikan bar hitam menurun sedangkan MA(10) telahpun memotong MA(20) menaik.

Kedu-dua indikator Stochastic % K dan William's % R menghala menurun dan Ultimate Oscillator telahpun berada di zon 'oversold' untuk memberi amaran berjaga-jaga kepada pemegang jualan.

Tuesday, February 17, 2009

Saham - Satu Kerjaya

Jika anda masih lagi tercari-cari pekerjaan yang sesuai untuk dijadikan kerjaya, saya syorkan anda cuba dalam bidang pelaburan atau saham. Saya katakan begitu kerana bidang ini adalah salah satu bidang yang boleh dipelbagaikan.

Bidang yang memerlukan pengetahuan dan kebolehan yang tinggi ini tetapi tidak begitu sukar untuk diceburi, dan apa yang perlu ada adalah minat. Katakan anda berminat dalam bidang jualan ataupun pemasaran disamping itu anda juga berminat dengan saham atau pelaburan, maka bidang insuran boleh dijadikan satu kerjaya, kerana insuran juga mempunyai skim-skim yang berbentuk pelaburan. Syarat untuk memasuki bidang ini juga tidak ketat dan mudah, walaupun begitu anda dikehendaki mempunyai sijil-sijil tertentu sebagai kelayakan dan tidak begitu susah untuk mendapatnya. Berapa ramai orang-orang insurans telah bergelar jutawan.

Anda boleh menjual saham amanah dan mewakili syarikat-syarikat atau intitusi-institusi kewangan atau syraikat-syarikat insurans. Bidang ini juga ramai orang yang telah berjaya dan mencapai pendapatan puluhan ribu sebulan.

Bidang saham stoks dan pasaran hadapan juga memerlukan ramai personaliti untuk dijadikan penasihat, 'remisier' dan 'dealer' syarikat masing-masing dan memang ramai terdapat mereka yang berjaya dalam bidang ini.

Jika anda mempunyai pengalaman dan kemahiran tertentu dalam bidang pelaburan ini, peluang mencari rezeki dalam bidang saham ini masih lagi luas asalkan anda rajin berusaha dan berinovatif. Menjadi penasihat pelaburan dan saham dalam internet adalah jalan termudah untuk menceburinya asalkan dapat memberi manfaat kepada pelanggan kita dan jangan sekali-kali menipu. Anda sendiri lihatlah betapa ramai penasihat-penasihat saham yang terdapat dalam internet ini.

Jika anda sendiri ingin menjadikan pelaburan dan saham ini sebagai satu kerjaya profesional maka permainan stoks, pasaran hadapan dan forex juga boleh diambil kira dengan syarat buatlah betul-betul.

Saya ingin nasihatkan anda, jika kerjaya ini yang anda pilih dan pekerjaan ini juga yang akan memberi sesuap nasi kepada diri anda dan anak isteri anda maka berusahalah dan jadikan diri anda diantara mereka yang sepuluh peratus berjaya.

Saturday, February 14, 2009

KLSE

KLSE-KLCI menutup tinggi dan memberansangkan.

 

blogger templates | Make Money Online