Jika kita membuat trading, tak kiralah sama ada trading stocks, pasaran hadapan ataupun forex. Seboleh-bolehnya jauhkanlah diri kita dari tekanan psikologi. Tekanan psikologi boleh menjejaskan trading kita. Tekanan psikologi itu datang kadang-kadang dengan tidak sengaja, sedar tak sedar kita telah terlepas dari membuat keuntungan dan ada yang mengakibatkan kerugian.
Tekanan psikologi bermacam-macam dan dibawah ini saya senaraikan perkara-perkara ataupun tekanan yang boleh menjejaskan trading kita:
1. Perasaan takut pada kerugian yang tiba-tiba datang menghantui kita -- Mungkin kita kurang yakin dengan analisis kita.
2. Selalu berperasaan rendah diri -- Selalu merasakan yang diri kurang pandai tentang permainan ini.
3. Gangguan luar -- Kadang kala tekanan dari orang terdekat yang selalu menanyakan tentang untung rugi.
4. Gangguan rakan-rakan -- Rakan-rakan yang suka menalifon ketika kita membuat trading dan menceritakan keuntungan yang mereka buat. Ini juga boleh menjejaskan tumpuan kita terhadap trading.
5. Melayan perasaan tamak -- Selalu berperasaan nak untung lebih. Rancang lain, dan buat lain.
Diatas cuma sebahagian dari faktor-faktor psikologi yang saya sendiri pernah mengalaminya, dan banyak lagi sebab-sebab dan kesan psikologi yang saya rasa pernah orang lain mengalaminya. Saya cuma memberi peringatan yang kita ni kadang kala tak boleh buat duit bukan kerana kita tak buat analisis yang cukup, bukan kita tak pandai trade, tetapi kesan psikologi telah menghalang kita dari membuat segala-galanya.
Saturday, March 7, 2009
Trading & Psikologi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment