Monday, November 2, 2009

Asas Trading Forex

Tutorial ini saya rasa penting juga sebagai peringatan kepada kita sendiri ketika hendak membuat trading forex walaupun ramai yang dah mengetahuinya.

Empat disiplin atau proses yang harus dilalui semasa membuat urusniaga forex.

Pertama -- Mengetahui Kedudukan Harga Pasaran - Price Position.
Mengetahui kedudukan atau dimana harga pasaran sedang berada amat penting sekali jika kita hendak membuat sesuatu trade. Jika kita tak ingin nak tahu kedudukan dimana harga berada, macam mana kita nak dapat tahu halatuju pasaran?. Mengetahui analisis teknikal menggunakan alat-alat seperti Candlestick dan Bollinger Band amat penting sekali untuk mengetahui kedudukan pasaran.

Kedua -- Mencari Dan Mengetahui Halatuju Pasaran - Price Direction.
Setelah kita mengetahui dimana kedudukan harga pasaran berada, dari situ kita akan dapat mengetahui dan menghidu halatuju pasaran dengan kombinasi indicator-indicator bersama alat analisis teknikal yang digunakan seperti dalam peringkat pertama.

Ketiga -- Mengambil Tindakan Dengan Membuka Pasaran Dengan Menjual Atau Membeli.
Peringkat ini juga penting sekali kerana bukan senang nak membuat keputusan sama ada hendak menjual atau membeli sesuatu pair matawang. Keputusan dibuat berdasarkan kepada peringkat pertama dan kedua dan kita perlukan indicator yang sesuai untuk digunapakai ketika masuk pasaran.

Keempat -- Mengambil Keputusan Keluar Pasaran Dengan Mengambil Keuntungan Atau Kerugian.
Membuat keputusan untuk keluar pasaran juga memerlukan kebolehan atau skill juga kerana silap haribulan boleh memudaratkan trade kita. Trader secara individu mempunyai gaya trading yang tersendiri dan juga berbagai-bagai cara digunakan untuk keluar pasaran. Yang pentingnya jangan lupa membuat stop loss kerana stop loss juga adalah salah satu cara kita keluar dari pasaran.

Cukup setakat ini, kita akan sambung lagi diposting akan datang. Bye.




Sunday, October 11, 2009

Forex Banyak Beri Ruang Kepada Pelabur

Forex atau Foreign Exchange, pasaran tanpa bursa ini tersangat mampu menarik ramai pelabur seluruh dunia untuk berkecimpung semata-mata hendak mendapat habuan yang lumayan hasil dari urusniaga pertukaran wang asing itu.

Di negara kita juga banyak orang dah mula berjinak-jinak dengan Forex ini. Tidak hairanlah kelihatan banyak banner-banner yang tergantung sana sini menawarkan kursus-kursus mengenai forex, ini tidak termasuk iklan-iklan dalam internet. Sudah cukup bukti yang Forex ini benar-benar mampu menjana pendapatan, tidak kiralah siapa yang mendapat keuntungn, sama ada pelabur itu sendiri ataupun tenaga pengajarnya itu sendiri. Yang pentingnya ia mampu memberi pendapatan.

Cuba kita lihat perbezaan di zaman sekarang dan sepuluh tahun lepas dan keatas, masa itu kita nak cakap pasal saham dan pelaburan pun takut dan malu lagi, yang kita berani cakap pasal Amanah Saham sebabnya labur dekat amanah saham dengan modal kecil pun boleh. Kita berani cakap banyak sebab kita sendiri mampu membeli amanah saham nak pula ASN atau ASB. Tetapi bila cakap pasal pasaran stoks dan pasaran hadapan banyak yang nganga, lebih baik kita diam, sebab kita tak mampu kerana nak main kena guna banyak modal, itupun belum tahu untung dan ruginya. Walau bagai manapun tak semua orang kita tak mampu, banyak juga yang mampu tinggal lagi tak sebanyak orang lain, itu saja.

Forex juga telah banyak mengubah persepsi orang kita terhadap pelaburan. Banyak dah orang kita mengubah nasib dengan pelaburan forex, walaupun banyak juga kita dengar ramai pelabur yang rugi. Itu tidak menjadi soal selagi kita sanggup berusaha dan menjadikan pelaburan forex itu sebagai punca pendapatan yang lumayan. Ramai pelabur forex yang sudah berjaya. Ambil lah peluang yang ada ini sementara forex memberi ruang kepada kita untuk mengubah nasib kita dengan berbekalkan modal yang tak seberapa.

Friday, October 9, 2009

Kembali

Rasa agak kekok juga nak mulakan tulisan ini, bukan apa cuma dah lama tak buat posting. Saya masih lagi seorang trader kecil-kecilan, tetapi komitmen lain lebih dapat tumpuan dan tak dapat lah memberi sumbangan yang tak seberapa ini. Lagipun pandangan saya telah beralih lebih ke pasaran lain ia itu forex.

Bukan tak mahu pasaran tempatan, tetapi rasanya lebih sedap memberi tumpuan kepada forex, pasaran yang susah sekali nak dimanipulasikan. Jika analisis kita menjadi, maka peluang untuk mengaut keuntungan memang ada, tidak seperti sesetengah pasaran contohnya pasaran kita, analisis menjadi tetapi ia jadi disebaliknya, macam ada benda yang menguasainya -- ini cuma pendapat saya sahaja atau mungkin analisis saya yang bercelaru, sebilangan dari kawan-kawan saya mempunyai pendapat yang sama.

Walau apa pun saya tetap akan memberi pandangan dan analisis tentang pasaran tempatan juga, tetapi tidaklah sesekerap dulu dan mungkin akan ditumpukan lebih kepada pasaran stoks dan juga forex. Saya akan tetap memberi pandangan dan akan terus memberi pandangan sekurang-kurangnya untuk diri saya sendiri kerana itulah salah satu fungsi blog sesungguhnya. Jumpa lagi dilain posting, bye.

Tuesday, March 31, 2009

Analisis Harian - FKLI

Pivot, Support & Resistance FKLI untuk hari ini 31hb Mac 2009


Pivot -- 872.33

Resistance -- R1 880.66 , R2 894.33 , R3 908.00

Support -- S1 858.66 , S2 850.33 , S3 836.66

Analisis Harian - FKLI


Penutupan pada paras 867.00 mungkin berterusan untuk beberapa ketika. Penurunan akan bersambung untuk beberapa ketika walaupun akan terdapat sedikit 'retracement'. Candlestick masih kuat dengan bar hitamnya merentasi garisan MA(10). Hala tuju akan berlaku apabila harga bertemu Parabolic SAR nanti dan ini akan terjadi mungkin beberapa hari akan datang.

Indikator William's % R dan Stochastic sudah pun menuju keparas 50 menurun tidak seperti Ultimate Oscillator yang telah pun sampai keparas 10 untuk memberi amaran berhati-hati kepada pemegang jualan.

Monday, March 30, 2009

Analisis Harian - FKLI


Dengan penutupan FKLI pada paras 887.00 mata telah menjadikan Candlestick bar hitam dan memberitahu seolah-olah pasaran berada di persimpangan hala tuju. Ini dikuatkan lagi dengan harga yang semakin menghampiri garisan atas Bollinger. Parabolic Sar juga semakin merapati garisan MA(10) dan(20) .

Indikator-indikator WIlliam's % R dan Stchastic % K dan D telah berada di zon 'overbought' dan boleh mengarah penurunan pada bila-bila masa. Begitu juga Ultimate Oscillator yang berada ditengah sememangnya menghala kebawah.

Wednesday, March 25, 2009

Analisis Harian - FKLI

Pasaran ditutup pada paras 876.50 mata telah membuat beberapa petunjuk memberi amaran berjaga-jaga yang perubahan hala tuju menurun munkin berlaku pada bila-bila masa. Candlestick dengan bar hitam panjang menunjukan kekuatan jualannya walaupun Parabolic Sar masih lagi menunjukan menaik. MA (10),(20) telah menunjuk reaksi pertemuan begitu juga harga telah menghampiri garisan band atas.

Indikator-indikator seperti William's % R, Stochastic % K,D sudah pun terkeluar sedikit dari disempadan 'overbought', begitu juga Ultimate Oscillator telah berada di zon tengah dan menghala menurun.

Wednesday, March 18, 2009

Analisis Harian - FKLI


FKLI di tutup pada paras 841.50 agak menurun, namun keadaan pasaran menyending keatas. Candlestick masih lagi menunjukan kekuatan pembeli dan penjual. Harga juga telah mencecah MA(20) keatas dan Parabolic Sar terus memasuki ruang MA(10) dan mungkin akan bertemu harga yang meningkat untuk menukar trend ke menaik.

Indikator-indikator seperti William's dan Stochastic masih lagi berada di zon 'oversold' menanti saat untuk keluar dan menaik. Ultimate Oscillator berada ditengah tanpa sebarang amaran.

Directional Movement Index menunjukan keadaan menaik dengan ADX mendatar, D- pula mula menurun 32.00 dan D+ menunjukan menaik menuju paras 20.

Monday, March 16, 2009

Analisis Harian - FKLI

Setelah di tutup pada paras 840.50, FKLI masih lagi di perengkat bawah walaupun ada tanda dari Candlestick yang menunjukan kekuatan sama rata di antara penjual dan pembeli. Parabolic SAR bagaimanapun telah mencecah garisan MA(20) sebagai petanda awal perubahan hala tuju akan berlaku walaupun ia masih menunjukan menurun.

Indikator-indikator seperti William's % R dan Stochastic % D dan K telah berada di zon 'oversold' menunjukan menaik. Ultimate Oscillator menuju keparas 50.

Friday, March 13, 2009

Analisis Harian - FCPO


FCPO menunjukan keadaan menurun setelah ditutup pada paras 1920.00. Candlestick menunjukan menurun dengan bar hitamnya walaupun Parabolic Sar menunjukan menaik. MA (10) dan (20) menunjukan keadaan yang mendatar.

Indikator-indikator Stocahastic % K dan William's % R masing-masing menunjuk hala kebawah paras 50% dan Ultimate Oscillator sudah pun berada di zon 'oversold'.

Indikator Directional Movement juga menunjukan pasaran sedang menurun dengan AD+ menghala kebawah pada paras 32 dan AD- menuju naik kepada paras mecapai 21. ADX pada paras bawah 20.

 

blogger templates | Make Money Online