Wednesday, December 31, 2008

Pasaran Hadapan FCPO

Sehingga 30hb Dec 2008, setelah ditutup pada paras 1671.00 bulan hadapan ketiga, pasaran seolah-olah memberi laluan untuk mengubah haluan kepada menurun buat seketika pada bila-bila masa seperti yang ditunjukkan oleh Candlestick. MA (10) dan (20) terlalu rapat dan lebih mendatar sedangkan Parabolic SAR sudah menunjukkan titik reversal baharu menaik.

Indikator-indikator William's % R dan Stochastic % K mahupun Ultimate Oscillator sudahpun lama berada di zon 'overbought' menanti untuk mengalih arah kepada menurun.

Pasaran Hadapan FKLI



Setelah ditutup kepada paras 884.00 mata pada 30hb Dec 2008, pasaran masih lagi menunjukkan kemampuannya untuk naik sedikit lagi walaupun keadaan boleh berubah pada bila-bila masa seperti yang ditunjukkan oleh Candlestick. MA (10) dan (20) menunjukkan menaik begitu juga Parabolic SAR .

Indikator-indikator William's % R dan Stochastic % K sudah mendekati zon 'overbought' dan menghala kearah itu. Ultimate Oscillator sudah pun berada dikawasan 'overbought' dan bersedia mengalih arah sambil memberi amaran kepada pegangan belian.

Tuesday, December 30, 2008

Analisis Harian - FKLI

Kiraan Pivot Point


Harga pada 26hb Dec 2008,

High -- 874.50
Low -- 870.00
Close -- 874.00

R -- Resistance
S -- Support
P -- Pivot

Kiraan,

R3 -- 880.16
R2 -- 877.33
R1 -- 875.66
P -- 872.83
R1 -- 871.16
R2 -- 868.33
R3 -- 866.66

Friday, December 26, 2008

Pasaran Hadapan FKLI

Pasaran hadapan FKLI ditutup pada paras 871.50 mata pada 24hb Dec 2008. Pasaran seolah-olah mahu menunjukkan perubahan halatuju sementara menaik. Candlestick menunjukkan reversal, begitu juga Parabolic SAR menaik mendatar. MA (10) dan (20) menunjukkan menaik.

Indidikator-indikator seperti William's % R dan Stochastic % K berada dikawasan pertengahan menunjukkan menurun yang agak mendatar. Ultimate oscillator yang sudah pun berada diluar kawasan 'oversold' lebih menunjukkan naik walaupun agak mendatar.

Wednesday, December 24, 2008

Pasaran Hadapan FCPO



FCPO ditutup diparas 1530.00 untuk March pada 23hb Dec 2008. Keseluruhan pasaran masih lagi mendatar tidak menunjukkan trendnya lagi. Candlestick, MA(10) dan (20) dan juga Parabolic SAR tidak menunjukkan pergerakan lagi.

Indikator-indikator seperti William's % R dan Stochastic % K bermain ditengah walaupun menunjukkan menurun. Ultimate Oscillator sudah sampai ke zon 'oversold' menunjukkan keadaan harus berjaga-jaga dengan pegangan jualan.

Friday, December 19, 2008

Pasaran Hadapan FCPO

FCPO menunjukkan keadaan mendatar setelah penutupan pada paras 1545.00 pada 18hb Dec 2008. Candlestick tidak memberi sebarang petunjuk, sedangkan Parabolic SAR dan MA berkeadaan mendatar.

Indikator-indikator seperti William's % R dan Stochasti % K bermain-main dikawasan tengah dengan menunjukkan keadaan menurun. Ultimate Oscillator telahpun sampai ke zon 'oversold'.

Analisis Harian - FKLI

Sehingga 18hb Dec 2008, dengan penutupan pada paras 892.00 mata yang menaik telah menemukan Candlestick dengan Parabolic SAR titik 'stop'nya dan bermula dengan titik baru Parabolicnya dari bawah. Ini memungkinkan pasaran menaik sedikit lagi dan membuat halatuju penurunan baru yang singkat. MA (10) dan (20) juga telah bertemu untuk membuat halatuju baru.

Indikator-indikator William's % R dan Stochastic % K dan Ultimate Oscillator juga berada di zon 'overbought' menanti masa yang sesuai untuk penurunan.

Thursday, December 18, 2008

Pasaran Hadapan FKLI



Sehingga 17hb Dec 2008. Setelah ditutup pada paras 870.50 mata, Candlestick mungkin menaik sedikit dan mungkin mengalih halatuju untuk menurun jika disahkan oleh Parabolic SAR dengan pertemuan mereka. MA (10) dan (20) juga bersedia untuk bertemu sesama sendiri.

Indikator-indikator William's % R dan Stochastic % K kedua-duanya sudah berada di zon 'overbought' begitu juga Ultimate Oscillator berada dikawasan 'oversold' dan ketiga-tiga oscillator ini seakan-akan menunggu mana-mana petunjuk untuk mengesahkan penurunan pasaran untuk beberapa ketika.

Wednesday, December 17, 2008

Pasaran Hadapan FCPO



Setelah penutupan FCPO pada paras harga 1545.00 pada 16hb Dec 2008 semalam, Candlestick harian telah membentuk 'doji' yang disifatkan sebagai tidak ada keputusan halatuju dan terpaksa menunggu paten seterusnya berlaku. Parabolic SAR masih menampakkan penurunan yang mendatar. MA (10) dan (20) pula seakan-akan mahu bertemu untuk menentukan halatuju seterusnya.

Indikator-indikator William's % R dan Stochastic % K pula berada ditengah-tengah menghala kebawah dan Ultimate Oscillator sudah berada dikawasan 'oversold' dengan amaran berjaga-jaganya bagi pemegang jualan.

Monday, December 15, 2008

Pasaran Hadapan FKLI



Sehingga 12hb Dec 2008, penutupan pada paras 849.50 mata. Petunjuk harian Candlestick menunujkkan tidak menentu walaupun Parabolic SAR menunjukkan sedikit penurunan yang mendatar. Tidak ada perubahan pada MA(10) dan (20).

Indikator-indikator William's % R, Stochastic % K tidak dapat mengesahkan petunjuk Candlestick kerana berada digarisan tengah. Ultimate Oscillator mula berada dibawah 25 menuju ke zon 'oversold'.


Dibawah adalah kiraan Pivot untuk rujukkan intraday hari ini :

P -- Pivot,
R -- Resistance,
S -- Support,

Harga lepas,

High -- 860.00
Low -- 845.00
Close -- 849.50

Kiraan,

R3 -- 873.00
R2 -- 866.50
R1 -- 858.00
P -- 851.50
S1 -- 843.00
S2 -- 836.50
S3 -- 828.00

Saturday, December 13, 2008

KLSE


Carta Mingguan KLSE

Friday, December 12, 2008

Pasaran Hadapan FKLI



Penutupan pasaran FKLI pada paras 859.00 mata pada 11hb Dec 2008 membuatkan Candlestick tidak dapat memberi keputusan halatuju pasaran untuk hari ini, walaupun keseluruhan pasaran menunjukkan kenaikan sedikit dan mendatar. Parabolic SAR seperti biasa sementara menantikan pertemuannya dengan Candlestick. MA(10) dan (20) yang bertindak lambat juga tidak memberi sebarang petunjuk.

Ketiga-tiga indikator William's % R, Stochastic % K dan juga Ultimate Oscillator menunjukkan keadaan pasaran tidak menentu dengan mendatar walaupun sudah berdekatan dengan zon 'overbought'.

Thursday, December 11, 2008

Pasaran Hadapan FCPO



Pada penutupan paras 1595.00 yang tinggi semalam 10hb Dec 2008 telah digambarkan oleh Candlestick bahawa keadaan pasaran tidak menentu. Kedudukan Parabolic SAR yang agak mendatar juga seolah-olah menuggu halatuju baru pasaran. MA juga banyak mendatar dan tidak memberi reaksi pasaran.

Keadaan indikator-indikator William's % R dan Stochastic % K belum berada di zon 'overbought' lagi untuk mengesahkan kedudukan pasaran. Ultimate Oscillator lebih awal lagi berada dikawasan 'overbought' untuk memberi amaran berhati-hati bagi pegangan belian.

Pasaran Hadapan FKLI



FKLI ditutup pada paras 859.00 mata pada 10hb Dec 2008 masih lagi dengan kedudukan mendatar menaik. Kedudukan ini akan berterusan untuk beberapa ketika sehingga terjadi trend atau halatuju baru. Candlestick lebih menunjukkan pergerakan keseluruhan daripada petunjuk individu. Walaupun Parabolic SAR dengan trend menurun mendatar memanjangnya ia terpaksa akur buat seketika untuk membiarkan pasaran naik sedikit buat seketika menantikan halatuju baru. Sementara MA (10) dan (20) menanti sahaja untuk mengesahkan halatuju baru yang akan datang.

Indikator-indikator William's % R, Stochastic % K dan Ultimate Oscillator seakan-akan menantikan kenaikan pasaran untuk masing-masing menuju kearah zon 'overbought' .

Wednesday, December 10, 2008

Pasaran Hadapan FKLI



Sehingga 9hb Dec 2008 menunjukkan keadaan pasaran masih lagi mendatar walaupun mempunyai halatutuju yang menaik sedikit. Tidak ada petunjuk kuat untuk harian dari Candlestick, Parabolic SAR mahupun Moving Average.

Indikator-indikator William's % R dan Stochastic % K masih lagi bermain-main digarisan 'oversold' dan mendatar seakan-akan menunggu halatuju sebenar untuk berlaku. Ultimate Oscillator menuju kekawasan oversold.

Sunday, December 7, 2008

KLSE


KLSE masih menurun walaupun penurunan yang mendatar.

Thursday, December 4, 2008

Pasaran Hadapan FKLI



Penutupan pasaran hadapan FKLI keparas 839.00 pada 3hb Dec 2008 semalam telah menunjukkan pasaran menaik atau ascending walaupun dengan bar hitam Candlestick. Paten yang ditunjukkan oleh Candlestick ini juga selalunya memberi gambaran pasaran menagalih arah menaik walaupun buat seketika. Pasaran sebenarnya adalah dalam pergerakan trend kecil yang lebih mendatar menyebabkan MA (10), (20) dan juga Parabolic SAR terlalu lambat untuk memberi reaksi pergerakan halatuju pasaran.

Indikator-indikator William's % R dan Stochastic % K yang berada di zon 'oversold' seakan-akan membentuk satu divergence ringkas dan paten ini selalu merekodkan pasaran mengalih arah dan menaik. Ultimate Oscillator sudah berada pertengahan tidak memberi petanda kecuali menuju arah menaik dan sedikit mendatar.

Wednesday, December 3, 2008

Analisis Harian - FCPO



Setelah penutupan pada paras 1603.00 pada 2 Dec 2008, Candlestick mengeluarkan satu paten seakan-akan 'long lower shadow' yang menunjukkan pasaran akan mengubah halatuju ia itu menaik. MA (10) dan (20) telah bertemu satu sama lain juga akan mengesahkan satu halatuju. Parabolic SAR tidak menunjukkan sebarang reversal dan masih menghala kenaikkan.

Indikator-indikator Wiliam's % R dan Stochastic % K telah terkeluar dari kawasan oversold mereka, agak menurun dan mendatar dan Ultimate Oscilator sudahpun menunjukkan halatuju menaik.

Analisis Harian - FKLI



FKLI ditutup rendah pada paras 843.00 mata pada 2hb Dec 2008. Selepas Candlestick melepaskan bar hitam dua hari berturut-turut kini muncul bar putihnya dari bawah seolah-olah memberi tahu halatuju pasaran akan bertukar kembali menaik. Walau bagaimanapun kedudukan ini tidak ditunjukkan oleh Parabolic SAR dan juga MA(10) dan (20).

Indikator-indikator William's % R dan Stochastic % K sudah sedikit terkeluar dari garisan 'oversold' masing-masing dan bersedia untuk menaik pada bila-bila masa seperti yang ditunjukkan oleh Ultimate Oscillator.

Tuesday, December 2, 2008

Analisis Harian - FCPO



FCPO ditutup pada paras 1628.00 pada 1hb Dec 2008. Pasaran berkemungkinan akan menurun dengan formasi Candlesticknya berbentuk 'long upper shadow'. MA (10) dan (20) hampir bercantum mungkin akan mengesahkan halatuju yang baharu. Parabolic SAR tidak menunjukkan reaksi kepada reversal.

Indikator-indikator Willam's % R dan Stochastic % K berada perenggan 'overbought' masing-masing seolah-olah telah bersedia untuk menurun. Ultimate Oscillator juga menunjukkan reaksi menurun dan dalam perjalanan ke zon oversold.

Analisis Harian - FKLI



FKLI masih lagi tidak menentu setelah ditutup dengan kejatuhan keparas 848.00 mata pada 1hb Dec 2008. Tidak nampak sebarang trend baharu akan berlaku dan pasaran seolah-olah mampu mengekalkan penurunan kecil buat seketika. Parabolic SAR masih lagi dengan penurunan mendatar dan tidak ada reaksi reversal. MA (10) menunujukkan sedikit penurunan dan Candlestick meletakkan bar hitamnya sebelah bawah.

Indikator-indikator William's % R dan Stochastic % K telah sampai di zon 'oversold' dan tidak terlalu mendalam dan mampu untuk berlegar dikawasan itu buat seketika. Ultimate Oscillator juga berada dikawasan 'oversold' bersedia dengan pegangan jualannya, namun paten yang ditunjukkan seolah-olah ia juga mampu kekal berada disitu buat seketika.

Monday, December 1, 2008

Pasaran Masih Mendatar



Sehingga 28hb Nov 2008 pasaran FKLI masih menunjukkan tidak menentu dan mendatar. Tidak ada sebarang petunjuk mengenai perubahan trend berlaku. Candlestick menunjukkan sedikit penurunan walaupun menaik, Parabolic SAR tidak menunujukkan reaksi. MA (10) dan (20) juga tidaka ada sebarang aksi seolah-olah menunggu satu pergerakan besar untuk diikuti.

Indikator-indikator William's % R dan Stochastic % K masing-masing bermain di zon tengah, sedikit penurunan dan agak mendatar tidak dapat memberi pengesahan halatuju. Ultimate Oscillator sudah berada dikawasan 'oversold' satu amaran berjaga-jaga bagi pemegang jualan.

 

blogger templates | Make Money Online